Terkini

Bil Meter Pukal Tidak Logik, Air meter pukal kena potong.

Penduduk yang dihormati,

Pada masa sekarang, mungkin ramai telah mengetahui bahawa METER PUKAL pangsapuri kita telah dikunci (Baca DIPOTONG). Ini kerana, mengikut pihak Syabas, pihak pengurusan (JMB) tidak membayar bil meter air pukal tersebut. Jumlahnya sekarang telah mencecah RM84 ribu. Bukan sedikit. Ini setelah ianya berlarutan selama setahun dimana hampir setiap bulan kita menerima bil sekitar RM5 ribu lebih sebulan. Saya tegaskan disini, BIL METER PUKAL berjumlah RM5 ribu lebih sebulan. Itu tidak termasuk jumlah bayaran individu setiap unit. JMB tak buat apa-apa ke?

Jawapannya mudah. YA, JMB dalam mesyuarat jawatankuasa telah memutuskan untuk mempersoalkan jumlah bil yang tidak masuk akal ini. Sebelum MIGRASI METER INDIVIDU, bil meter pukal sekitar RM6 ribu, dah tukar meter individu kena pula bayar RM5 ribu lebih sebulan. Duit tu perlu diambil daripada mana? Penduduk? Penduduk dah bayar meter individu. JMB... JMB kena dapatkan daripada penduduk juga. Maka, penduduk akan dikenakan bayaran 2 kali ganda. Ini satu perkara yang tidak adil.

Bila diajukan kepada pihak Syabas, masalah meter ke? Mereka kata tidak. Masalah saluran bocor ke, pun tidak. Boleh tengok bil meter pukal dan meter individu Syabas. Sampai sekarang tidak diperolehi. Dan yang terkini, mereka kata tangki bocor. Kalau bocor mesti ada air bertakung atau air mengalir ke bawah. Jadinya tiada konklusi yang kukuh daripada pihak Syabas.

Akhirnya, selepas notis 14 hari dan minta JMB menyelesaikan kesemua bil meter pukal, air meter pukal telah dikunci. Pihak JMB masih tetap dengan pendiriannya, kita hanya akan bayar jika caj yang dikenakan betul dan perlu dibuktikan.

Sekarang, wakil JMB ada bersama dengan ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar; Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan dan wakil media. Diharap dengan membawa kes ini ketengah, dapatlah isu ini diselesaikan dan yang paling penting pihak Syabas perlu memberi penjelasan terperinci berkenaan bil yang tinggi ini.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet