


Bila sampai, nampaknya bukan kami sekeluarga sahaja yang berraya di Mastan Ghani. Tapi ramai lagi hinggakan terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.


Selang 5 minit, menu yang dipesan sampai ke meja. Air hanya ada air sirap (cincau) dan laici sahaja. Makan, mee rebus dan rojak. Saya kurang minat sikit rojak, tapi mee rebus bak kata anak saya 'Terbaik'.

Mee rebus

Rojak

Alhamdulillah, licin
Menara Condong Teluk Intan
Berdekatan, singgah pula ke Menara Condong Teluk Intan. Pada kebiasaan, kami ke Teluk Intan dengan masa yang suntuk atau menara tersebut tidak dibuka untuk dilawati oelah orang ramai. Tetapi, kali ini bernasih baik, kami boleh menaikinya. Masuk adalah percuma dan boleh naik hingga ke tingkat ke-2. Bahagian dalam dihiasi oleh pelbagai gambar dan ada kolam dipenuhi duit katanya sebagai memohon hajat. Tapi jangan kita percaya benda syirik ini kerana, hanya Allah sahaja tempat kita memohon.




Lagi gambar si sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.152295024857266.40065.128081543945281&type=1
khaiatbsp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.