![]() Gambar hiasan, sumber: http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=16685 Salam, Maaf baru berkesempatan berhubung dengan ahli majlis dan berbincang dengan beliau akan isu ini.. Berkenaan dengan kebersihan longkang/penyelenggaraan di taman2 perumahan bandar seri putra, sekarang adalah proses transisi peralihan pemaju BHDSB kepada MPKJ. Setakat sehingga ke hari ini, apa yang telah diberitahu kepada saya, penyelenggaraan di Bandar Seri Putra telah terbahagi kepada 2. Satu, yang diselenggara oleh BHDSB, dan satu lagi oleh MPKJ. Apa-apa kemudahan ataupun bentuk penyelenggaraan yang berada di dalam taman-taman telah diserahkan kepada bidang kuasa MPKJ. Ini adalah termasuk, lampu jalan, jalan tar, kebersihan longkang, rumput dan sebagainya. Manakala semua kemudanan / selenggaraan di luar taman adalah masih lagi dibawah selian/penyelenggaraan pihak BHDSB. Justeru dalam hal ini, sekiranya ada aduan terhadap sebarang bentuk penyelenggaraan hendaklah dikenal pasti kawasan mana yang terlibat agar dapat dikenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Dalam hal ini persatuan penduduk Bandar Seri Putra boleh membantu sekiranya tidak mendapat penyelesaian, dan sekiranya persatuan penduduk peringkat taman-taman hendak membuat aduan susulan yang belum/lambat dilayan, PPBSP telah disarankan agar membuat aduan melalui ahli majlis. Sekiranya aduan masih juga belum dapat diselesaikan maka ahli majlis sendiri dengan bantuan persatuan penduduk bsp akan membuat aduan terus kepada MPKJ. Berkenaan dengan isu aduan melalui laman web, dipihak Ahli Majlis (Tn Hj Mazwan), telah lama menyedari akan hal ini. Betullah seperti yang dikhabarkan oleh Saudara Jamal, 'selesai' yang di catatkan pada laman web adalah membawa makna bahawa aduan tersebut telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab / kejuteraan. Tapi tidak bermakna 'selesai' itu bahawa masalah sebenar telahpun diselesaikan oleh pihak majlis perbandaran. Untuk itu, saya mencadangkan agar sebarang bentuk aduan yang masih tidak dilayan/belum selesai masih boleh di teruskan dengan kaedah aduan melalui ahli majlis, insyaAllah PPBSP boleh membantu,.. Harapnya menjawab serba sedikit persoalan dan permasalahan yang diutarakan.. wassalam Ramizi Mohamed SU PPBSP ----------------------------------------------------------------
|
__._,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.