Bagi pihak Biro Sukan dan Rekreasi saya ingin menjemput mana-mana individu yang ingin menyumbang dan membantu dalam mengerakkan biro ini. Sila isikan maklumat berkenaan bagi memudahkan perhubungan. Maklumat lanjut, sila emailkan kepada khaiatbsp[at]gmail.com. Semoga bantuan anda akan mengaktifkan biro ini. Sekian, terima kasih.
Disamping itu, kami dari "Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP" ingin mendapatkan makluman daripada warga Bandar Seri Putra (BSP) untuk merancang aktiviti sukan dan rekreasi BSP. Oleh itu dapatlah kiranya tuan/puan membantu melengkapkan tinjauan dibawah ini. Diharap dengan ini aktiviti yang dirancang akan memenuhi cita rasa tuan/puan. Maklumbalas tuan/puan penduduk Bandar Seri Putra kami hargai dan diucapkan terima kasih.
Khairil Anuar
Ketua, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP
khaiatbsp[at]gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.