
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg Dato'/Tuan/Puan penduduk BSP yang dihormati.
Disertakan artwork banner untuk Pertandingan Badminton BSP 2011.
Sila cetak dan edar serta pamirkan di papan kenyataan taman masing-masing. Diharapkan penyertaan yang telah diperuntukkan kepada semua taman dipenuhi dan penduduk-penduduk adalah diseru agar turun beramai-ramai bagi menyemarak pertandingan yang ulung kali dianjurkan oleh BHDSB serta memberi sokongan kepada tim-tim yang bertanding.
Jangan ketinggalan….. hari Ahad, 22 Mei 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SMK BSP untuk kita sama-sama bertanding sambil bersukaria dan berhubung rapat sesama jiran dan penduduk BSP.
Sekian.
Wassalam dan selamat sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.