
Pemilik Pangsapuri Seri Mawar
Tuan/Puan,
PER: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN JMB SERI MAWAR KALI KE-2 2009/2010.
Merujuk kepada perkara di atas, di maklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Seri Mawar
.
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
- Ucapan Pengerusi
- Laporan Setiausaha
- Laporan Kewangan
- Pembentangan Usul
- Hal-hal berbangkit
3. Bersama-sama ini disertakan borang maklum balas kehadiran, dan penyata usul untuk tindakan tuan/puan. Surat jawapan hendaklah di hantar ke pejabat pengurusan JMB Seri Mawar selewat-lewatnya pada 14 September 2010.
4. Sila rujuk Akta 663 {Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007} untuk panduan mesyuarat. Salinannya boleh diperolehi di sini http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/03/salinan-akta-663.html.
5. Manakala bagi kaedah dalaman (house rules), boleh dirujuk di sini
6. Kerjasama pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian. Terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Khairil
..........................................
(EN. KHAIRIL ANUAR)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.