Gangguan bekalan air di Sepang, Hulu Langat mulai esok
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat mulai esok hingga 11 Mac.
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, menyatakan antara kawasan di Sepang yang terbabit ialah Pekan Dengkil, Taman Baru Dengkil, Taman Mesra, Taman Delima, Kampung Semarang, Kampung Lalang dan sekitarnya.
Di Hulu Langat pula kawasan yang terbabit ialah Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1 hingga 6 Jalan Bangi Semenyih, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Sungai Jai, PKNS Beranang dan kawasan sekitarnya.
Gangguan itu disebabkan oleh kerja pemasangan meter keseimbangan air dan pengalihan paip.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau layari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.