Disamping itu kami juga ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat hendak mengadakan kursus jangka pendek tak kira apa sahaja temanya. Mungkin sahaja temanya bisnes, motivasi, jahitan dsb.
Tempat: Tempat akan disediakan di Seri Mawar
Masa: Di cadangkan pada mana-mana hari Sabtu (9.00 pagi - 2.00 petang) atau mengikut cadangan pengendali.
Yuran: Boleh dibincangkan, tapi dicadangkan dibawah RM50.00.
Target peserta: Penduduk sekitar Putra-Mahkota (<30>
Tarikh dicadangkan: Bermula April 2009
Berminat? Sila email cadangan anda ke mailbox JMB pangsapuriserimawar@gmail.com.
Setakat ini kita akan mengadakan 4 kursus untuk Feb dan Mac:
- (L0901) Kursus Asas Penggunaan Internet & Aplikasi Google
- (L0902) Kursus Asas MS Word, Excel dan Power Point
- Kelas Membuat Pizza dan Kek Nanas Tanpa Oven
- (L0903) Motivasi Pelajar (Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian)
- (L0904) Kursus Asas Kewangan oleh Saudara Azha Syazri Azizan @ Simpanduit.com (Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.