Halaman
▼
24 Februari 2009
Papan Tanda
Setelah memikirkan jalan terbaik bagi menguruskan informasi setempat, kami telah mengambil keputusan untuk menggunakan 3 papan tanda.
Papan tanda utama akan digunakan untuk memaparkan maklumat terkini secara ringkas. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan merujuk papan tanda sokongan.
Papan tanda sokongan ini boleh dilihat di 2 tempat: pondok pengawal dan pejabat pengurusan. Papan tanda sokongan ini akan diuruskan secara serentak serta maklumatnya akan sama.
Seterusnya untuk menampung keperluan penyampaian maklumat, kami masih lagi meletakkan maklumat di lapan laluan utama penduduk. Tetapi bagi mengatasi masalah keceriaan kawasan, kami akan mengurangkan penampalan pada lapan lokasi ini. Inaya akan terus dihentikan (penduduk perlu melihat di papan tanda yang disediakan) atau kami akan memikirkan cara lain bagi terus menyampaikan maklumat di lapan laluan utama ini.
Sebarang cadangan sangat dialu-alukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.