Terkini

Kami Hantar, Anda Tunggu Rumah



Bismillah.

Assalammualaikum kepada semua pelanggan dan pembaca.

Raikan hujung minggu pertama di bulan Mac dengan juadah enak dari D’Aina.

Menu penghantaran D’Aina pada Sabtu 01/03/2014:

# BGO Bihun goreng RM1.50
# BGT Bihun goreng + telur mata RM2.50
# MGO Mi goreng RM1.50
# MGT Mi goreng + telur mata RM2.50
# STL Sandwic telur RM2.00
# STN Sandwic tuna RM2.50
# SDN Sandwic sardin RM2.50

+ NLO Nasi Lemak RM1.50
+ NKN Nasi Lemak Kidz dengan Nugget RM2.50
+ NKS Nasi Lemak Kidz dengan Sosej RM2.50
+ NLT Nasi Lemak + telur mata RM2.50
+ NLA Nasi Lemak + ayam goreng berempah RM4.00
+ AGB Ayam goreng berempah RM2.50

+ KPK Karipap pusing kentang (4 biji) RM2.00
+ KPA Karipap pusing ayam (5 biji) RM3.00
+ KPD Karipap pusing daging (5 biji) RM3.00

Mohon membuat tempahan sebelum jam 8 malam hari ini.

- Untuk SMS/Whatsapp taip: EZY <nama> <alamat> <no telefon> <jenis order> <jumlah order> dan hantarkan kepada 013.207.4540.

Terima kasih dan selamat berhujung minggu!
~Dari dapur kecil D’Aina~

p/s: Kami bercuti pada Ahad 2 Mac 2014.

Kata Akhir YDP PIBG SRABSP sesi 2012-2014











Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah posting terakhir saya sebagai YDP PIBG SRA.

Selama dua tahun AJK PIBG berkerja keras dengan satu harapan iaitu untuk melihat senyuman di muka anak murid SRA. Lihatlah gambar-gambar ini dan anda akan memahami apa yang saya maksudkan. Bagi saya senyuman mereka lebih berharga dari segala-galanya. Saya juga merasa impian dan hasrat kami sedikit sebanyak telah tercapai.
Saya tidak akan huraikan satu-persatu apa yang AJK PIBG telah melakukan dalam dua tahun yang telah berlalu tetapi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan AJK menjalan tugas kami dengan begitu lancar.
Saya juga ingin pohon maaf kalau saya atau mana-mana AJK saya telah menyinggung perasaan sesiapa secara langsung atau tidak langsung.
In Syah Allah, YDP dan AJK baru akan dipilih pada 1 Mac ini untuk menerajui PIBG untuk sesi 2014-16.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan pengurusan sekolah. Ingat dua prinsip AJK sekarang iaitu...'Sedikit-sedikt lama0lama jadi bukit' dan 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" dengan izin dan bantuan Allah s.w.t.

Sekian, Was salam

Iqbal.

Projek Surau Mumtaz: Berjaya dibina





Alhamdulillah, solat dhuha pagi ni dia SRA!
Full house!





Persiapan terakhir sebelum Majlis Penyerahan Surau Mumtaz sedang giat berlangsung.



Alhamdulillah. Langsir dah dipasang.



And the smiles on their faces is worth more than anything.

It was worth it! The Surau Mumtaz is packed to tbe brim. To all the contributions....this is the end result. May Allah bless you all.















Mesyuarat Terakhir PIBG SRABSP

26 FEB, ulangtahun kelahiran YDP PIBG, Tuan Iqbal kita. Sempena ulangtahun beliau, kami AJK PIBG meraikannya semasa mesyuarat terakhir AJK malam tadi.

Alhamdulillah PIBG telah bersedia untuk AGM Sabtu ini. Dijemput semua ibubapa mulai jam 8.00 pagi.

Seperti biasa agenda pertama kita adalah SARAPAN di KANTIN.

Jam 8.30 pagi, kita akan mula mesyuarat di SURAU MUMTAZ yang baru dibina.

Semoga usaha PIBG sedia ada akan diteruskan oleh barisan PIBG sesi seterusnya.












ESOK SABTU 1 Mac 2014 - Mesyuarat Agung PIBG



Mesyuarat Agung PIBG
SRA Bandar Seri Putra
Kali ke-5 dan
Majlis Penyerahan Surau Mumtaz

1 Mac 2014
Sabtu
8.00-11.00 pagi
Surau Mumtaz SRABSP

"PIBG Unggul Penjana Generasi Mumtaz"

JUMAAT: Sesi perjumpaan & networking bagi trainer, coach, fasilitator



Sesi perjumpaan & networking bagi menghimpunkan trainer, coach, fasilitator, penceramah & pakar intelek yang terlibat dalam dunia latihan.

Untuk menjalinkan kerjasama dari aspek pemasaran,penyediaan kemudahan latihan, projek kerjasama latihan.

Mahu perluaskan modul & program latihan anda ke seluruh Malaysia? Jika YA, kami amat mengalu-alukan kehadiran anda.

Bila: 28 Feb 2014 (Jumaat) Jam 3pm-5pm
Lokasi:
Alamat Dewan Seminar:
DEWAN LATIHAN AINON BANGI [DLAB]
Kompleks ABS Bangi (KOMPAS)
G-13-A, Bangi Gateway Shopping Complex
Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi.

Sila bawa bersama:
1) kad perniagaan,
2) ringkasan modul latihan,
3) profil syarikat bersama.

Yuran penyertaan hanya RM 30 sahaja untuk minum petang.
Sila SMS MP<NAMA><NO HP><EMEL> ke 019-2060293

https://www.facebook.com/events/222328914633875/?ref=3&ref_newsfeed_story_type=regular

ESOK: Menarik Perhatian Media & PR





Esok secara Eksklusif di D'LAB Bangi Gateway.. Pernah terfikir bagaimana usahawan lain boleh keluar di media masa sama ada program TV, Radio & majalah secara percuma? Bagaimana mereka dipilih sebagai panel? Bagaimana editor media & producer TV mencari maklumat tentang usahawan & topik yang hendak diketengahkan?

Sejauh mana impak media massa pada perniagaan anda? Ketahuinya bersama-sama kami di ABS Bangi. Kami bawakan Producer TV Alhijrah kepada usahawan secara "up close & personal" untuk anda bertanya apa sahaja..

Yuran penyertaan hanya RM350 untuk 2 orang atau RM180 seorang.
Walk-in atau Daftar Online di: www.BangiBusinessSchool.com/4in1-feb
SMS/Whats App di talian berikut : 012-9297696, 019-2657982

Penghantaran Percuma: Nasi Lemak dan Nasi Ambeng

Untuk esok hari Khamis, Dapur Kecil D'Aina menyediakan penghantaran makanan PAGI dan MALAM.

Sarapan PAGI seperti biasa pelbagai jenis NASI LEMAK dan menu tambahan esok MI GORENG BIASA/TELUR MATA.

Untuk makan MALAM, kami menyediakan NASI AMBENG JAWA MELAKA (sekali sebulan).

"Anda kenyang, kami gembira".



Hubungi Khai untuk tempahan.

===================================

Bismillah.

Assalammualaikum kepada semua pelanggan dan pembaca.



Insya-Allah, pilihan menu berikut akan kami sediakan pada pagi esok, Khamis 27/02/2014 apabila tuan puan menempah sebelum jam 8 malam ini dengan menghubungi Saudara Khai di 013.207.4540.

# MGO Mi goreng RM1.50
# MGT Mi goreng + telur mata RM2.50

+ Aneka nasi lemak (NLO, NLT, NLA, NKN, NKS)
+ AGB Ayam goreng berempah RM2.50 (satu ketul)

+ KPK Karipap pusing kentang (4 biji) RM2.00
+ KPA Karipap pusing ayam (5 biji) RM3.00
+ KPD Karipap pusing daging (5 biji) RM3.00

- Untuk SMS/Whatsapp taip: EZY <nama> <alamat> <no telefon> <jenis order> <jumlah order> dan hantarkan kepada 013.207.4540

Terima kasih dari dapur kecil D'Aina .

==================================



Bismillah.
Assalammualaikum kepada semua pelanggan dan pembaca.

Tempahan Nasi Ambeng masih dibuka sehingga 10 malam hari ini.

Tarikh penghantaran: Khamis 27 Februari 2014.

Waktu penghantaran: 6.30 petang / 8.00 malam (nyatakan waktu pilihan)

Harga sebungkus: RM8.00

Jangan lepaskan peluang bagi menikmati juadah istimewa resipi Jawa dari Melaka ini kerana kami membuat penghantaran nasi ambeng dengan tempahan minimum hanya SEKALI dalam sebulan.

Hubungi Sdr Khai hari ini bagi membuat tempahan!

SMS/Whatsapp: 013-2074540

Taip: EZY <Nama> <Alamat>Nasi Ambeng><unit> <waktu>

Terima kasih.

Nota:
Kami juga membuka tempahan nasi ambeng untuk jamuan kecil di rumah ataupun pejabat dengan kuantiti minimum 10 bungkus.

Kayuhan Amal 2014 @ MMU, Cyberjaya



https://www.facebook.com/kayuhan.amal.14

Assalamu'alaikum and hai everyone.

InsyaAllah, on 29th March 2014 committees of Masjid Al-Hidayah MMU Cyberjaya collaborate with, Usrah Institution( Institusi Usrah MMU Cyberjaya ) going to held one event called "Kayuhan Amal"

Here is the details of this program:

• This program is organised to collect funds for the improvement of MMU mosque’s infrastructure.

• Every participation/entry fees will be donated to the mosque’s fund.

• Track for the cycling is Cyberjaya area.

• Venue : MMU Stadium

For registration
http://iucyber.com/amal/wp-content/uploads/BORANG-PENYERTAAN.pdf

Thank you

Fwd: [bspinduk] Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar pada 20 Feb 2014 (5 keping)

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

 

Re: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar pada 20 Feb 2014
Lihat gambar-gambar lain di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.676556019067252.1073741836.120427501346776&type=3&uploaded=4

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


Ruang Solat Utama (mengadap foyer)


Ruang Solat Utama (mengadap mimbar)


Pintu kanan masjid (mengadap KUIS) 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (11)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

__,_._,___

Indahnya pemandangan Surau Mumtaz yang telah siap

Alhamdulillah, hari ini YDP kongsikan gambar Surau Mumtaz yang PIBG usahakan sejak setahun yang lalu.

Kini seperti yang kami bayangkan, kesemua murid SRABSP dapat solat jemaah secara serentak. Cantik sungguh pemandangan yang diambil.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Maka, PIBG SRABSP sesi 2012-2014 dapatlah melepaskan jawatan dengan rasa tenang. Tiga projek besar sepanjang 2 tahun sesi kami: Wakaf Al-Quran, Laluan Pejalan Kaki dan Surau Mumtaz.

Mohon ramai-ramai ibubapa hadir 1 Mac ini untuk AGM PIBG SRABSP agar SRABSP dapat terus cemerlang dari segi pendidikan dan juga pembangunan sekolah.

















Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet