Terkini

[Surau Al-Hijrah] Sumbangan Pembinaan Fasa III (Bangunan Tambahan Surau al-Hijrah)





Pihak Surau juga amat mengalu-alukan perkara ini diperpanjangkan kepada mana-mana kumpulan, NGO serta sektor Korporat. Sumbangan diterima daripada Individu, berkumpulan ataupun bagi pihak Penama Arwah untuk wakaf.
 
Sekian, wassalam.
 

Chicken Chop D' Apple (Sejuk beku)



https://www.facebook.com/photo.php?fbid=672313479475180&set=a.223404954366037.57193.212208365485696&type=1

Ada Berita Baik!

Kami juga adalah agen untuk produk D'Apple (diedarkan oleh NordmilahTraders).

Tempahan Chicken Chop D' Apple Original RM7.90 & Spicy RM8.90 dibuka sekarang. Penghantaran percuma sekitar kawasan Putra-Mahkota (Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota dan Taman Impian Putra) akan dihantar pada Sabtu 28 Disember 2013. Sesiapa yang berminat mohon PM ke no tel: 013-2074540.

Mohon buat tempahan sebelum jam 12 tengahari Jumaat 27 Disember 2013.

Produk ini adalah produk sejuk beku.

"Hanya yang berkualiti untuk anda"

Fwd: Urgent !! Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

From: Anuar Ali <anuarbinali@gmail.com>


Salam tuan2. Mintak mohon forwardkan ke group surau/ taman. Ini adalah initiative saya sendiri dan menggunakan akaun ANSARA Kulim, alumni saya. Terimakasih


Sumbangan Bantuan Perkakasan Tidur ( Tilam, Bantal dan Selimut ), Mangsa Banjir di Pantai Timur  – Kerjasama Antara Alumni Ansara Kulim dan NGO Wargakilang

 
Ansara Kulim adalah merupakan Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM )  Kulim, Kedah. Pelajar terdiri dari 7 kumpulan yang memasuki MRSM Kulim pada tahun 1977 – 1983. Golongan ALUMNI ini sekarang berumur sekitar 43 – 49 tahun dan kebanyakannya bekerja di bidang swasta. Kami percaya sudah sampai masanya untuk pihak kami menyumbang semula kepada masyarakat setelah kami diberi peluang untuk belajar dan mempunyai pekerjaan yang baik.
Wargakilang adalah NGO yg telah ditubuhkan lebih 10 tahun lalu dan aktif di Utara Malaysia ( Kulim, Pulau Pinang ). Warga Kilang menumpukan aktivitinya kepada memberi bantuan kepada orang – orang miskin dan fakir dalam bentuk makanan, bantuan persekolahan, motivasi dan berbagai – bagai lagi.  Kebanyakan ahli-ahlinya terdiri dari pekerja-pekerja professional kilang-kilang multi nasional di kawasan tersebut. Warga kilang juga telah melebarkan sayapnya ke kawasan Tengah (Lembah Klang) dan kawasan pantai Timur. Pengasas dan Yang Dipertuanya adalah Saudara Mohd Monier Mat Din yang juga merupakan ahli Alumni Ansara Kulim. Maklumat lanjut boleh didapati di sini http://www.wargakilang.com/about-wargakilang/ . Wargakilang akan membantu dari segi pengagihan bantuan.
Setelah melihat perkembangan mangsa banjir di Pantai Timur dan berbincang dengan ramai  rakan – rakan NGO, kami berpendapat , bantuan susulan amat diperlukan untuk mangsa – mangsa tersebut. Bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban mangsa banjir yang terpaksa berbelanja besar untuk kerja – kerja pemulihan selepas banjir seperti membeli peralatan serta perabut rumah yang baru dan sebagainya. Bantuan yang dicadangkan adalah "package peralatan tidur" yang mengandungi tilam, bantal dan selimut. Bantuan ini adalah merupakan bantuan yang penting dan terdesak pada masa sekarang. Ini adalah maklumat terbaru yang kami dapat hasil lawatan terkini pada lewat malam semalam.
Sila salurkan sumbangan saudara-saudari ke akaun di bawah ini dan maklumkan sumbangan anda kepada Saudara Anuar Bin Ali melalui e-mail  anuarbinali@gmail.com  atau SMS (019 3897289) . Sila nyatakan amaun dan nama. Segala data adalah sulit. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengurusan akaun, kerana akaun berkenaan adalah akaun  persatuan yang digunakan juga untuk aktiviti – aktiviti  persatuan yang lain. Sebarang nilai sumbangan adalah diterima. Sekiranya Tuan / Puan ingin menyumbang sebuah package ( tilam bantal dan selimut ) , anggaran harganya adalah RM 200.  Tarikh tutup sumbangan adalah pada Isnin 23 Dis 2013, jam 4 petang. Bantuan dijangka akan diagihkan pada hujung minggu Rabu 25 Disember 2013.  Jangka masa yang  amat singkat ini adalah untuk memastikan bahawa bantuan diterima dengan cepat dalam keadaan mangsa banjir yang terdesak.
Sekiranya ada kelapangan, saudara-saudari bersama keluarga / anak-anak di jemput untuk mengikuti rombongon pengagihan tersebut. Perincian program akan diberitahu kelak.
 
 
 
Bank                :           Malayan Banking Berhad
Nombor Akaun  :           564016401635
Nama Akaun     :           Persatuan Lepasan MRSM Kulim di KL
 
Semoga sumbangan kita yang kecil ini dapat meringankan bebanan mangsa – mangsa banjir tersebut  dan mendapat keredhannNya. Terimakasih
 
 
Yang Bertugas
 
 
Anuar Ali  & Anuar Omar
b/p ANSARA KULIM 

Tolong Share di facebook dsbnya. Saya akan hantar pdf file dalam email berikut. Please print and share in your office, residence association, surau/masjid,  etc. 


PERCUMA penghantaran SARAPAN! SELASA 24 Disember.

PERCUMA penghantaran SARAPAN! SELASA 24 Disember.
=====================

Untuk sarapan
SELAS 24 Disember 2013.

Kami menawarkan servis penghantaran sarapan seawal jam 6.30 pagi untuk makan dirumah atau dipejabat.

Pilihan menu:
=====================

AGB - Ayam goreng berempah - RM2.50

NLO - Nasi lemak - RM1.50
NLT - Nasi lemak + telur mata - RM2.50

BGO - Bihun goreng - RM1.50
BGT - Bihun goreng + telur mata - RM2.50

MGO - Mee goreng - RM1.50
MGT - Mee goreng + Telur mata- RM2.50

CP10 - Cream puff (10 unit) - RM8.00
CP20 - Cream puff (20 unit) - RM15.00
=====================

Tempahan perlu dibuat sebelum jam 8 malam sehari sebelum penghantaran.

Hubungi Khai untuk tempahan

Khai
- Untuk SMS/Whatsapp taip: EZY <nama> <alamat> <no telefon> <jenis order> <jumlah order> dan hantarkan kepada 013.207.4540

-Aina Distributor-

Surau Mumtaz Hampir Siap Memerlukan Sumbangan Anda

Inline images 1

Surau SRABSP (Surau Mumtaz) sedikit lagi siap. Masih memerlukan sumbangan tuan/puan sekalian. Sumbangan boleh dihulurkan terus ke akaun PIBG atau hubungi YDP PIBG SRABSP, Iqbal 012-6563033.

Terima kasih kepada yang telah menyumbang.

Sumbangan Mangsa Banjir Pahang

Sumbangan Mangsa Banjir Pahang
=====================

Inline images 1
http://www.sinarharian.com.my/semasa/banjir-pahang-makin-buruk-dua-dikhuatiri-lemas-1.227408

Beberapa organisasi di Putra-Mahkota sedang mengumpul sumbangan membantu rakan kita di pantai timur yang sedang menghadapi bencana banjir.

Ini senarai yang saya tahu. Jika tuan-puan ada maklumat tambahan, boleh komen dibawah. Terima kasih.

1- SKBSP (https://www.facebook.com/skbandarseriputra) - sumbangan makanan dan baju.

2- Surau Al-Hijrah (https://www.facebook.com/suraualhijrahbsp) - sumbangan makanan. Kutipan mohon dierahkan kepada AJK di surau malam ini (Jumaat, 6 Dis 2013) serana Ustaz Nushi akan berangkat esok. Contact person: Azmi (01129302424

3- Surau Al-Ikhlas TIP - sumbangan duit dan barang. Akan berangkat petang ini jam 6 petang. Sumbangan sebelum jam 5 petang. Contact person: 0193894044 Norizam.

NASI AMBENG terus ke rumah

NASI AMBENG terus ke rumah
==================

Inline images 1

Tempahan untuk Nasi Ambeng esok dibuka sehingga jam 8 malam ini.

Terima kasih kepada yang telah menempah.

InsyaAllah akan buat penghantaran di Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra mulai jam 6.00 petang esok.

Maklumat lanjut di sini: https://www.facebook.com/aina.distributor

PERCUMA penghantaran NASI AMBENG.



Nasi Ambeng datang kembali.

PERCUMA penghantaran NASI AMBENG.
====================

KHAMIS 5 Disember 2013.

Penghantaran bermula jam 6 petang.

Kami menawarkan Nasi Ambeng untuk juadah petang,
berlaukkan ikan masin,
mee goreng,
ayam goreng dan
kuah lemak pedas.
Enak dinikmati bersama keluarga.
Sebungkus kenyang berdua.

Harga hanya RM8.00 sebungkus.
PROMOSI RM15.00 untuk 2 bungkus.

Hubungi Khai untuk tempahan.
- SMS/Whatsapp: 013.207.4540
Taipkan: EZY <Nama> <Alamat penghantaran> NASI AMBENG <Jumlah tempahan>

Tempahan terakhir sebelum jam 8 malam sehari sebelum penghantaran (4 Dis 2013). Terima kasih.

-Aina Distributor-

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet