Terkini

Bukit Mahkota: 800 penduduk bimbang keluar rumah


Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/800pendudukbimbangkeluarrumah/Article/index_html

800 penduduk bimbang keluar rumah

Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam ketakutan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.


"Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.


"Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui semalam.


Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.


"Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah.

"Kami tiada pilihan lain kerana pembinaan pagar ini nanti dapat mengurangkan bilangan 'lorong tikus' yang berisiko untuk diceroboh. Setiap rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin," katanya.


Terbaru, sebuah rumah dipecah masuk ketika penghuninya berbuka puasa di luar, Sabtu lalu. Mangsa yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian itu, sekumpulan perompak memasuki rumah teres dua tingkat miliknya sebelum melarikan wang tunai, barangan kemas serta pelbagai koleksi barang antik berjumlah RM120,000.

Menurutnya, dia hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas mendapati pintu dapur terbuka ketika pulang jam 9.30 malam.


"Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya naik ke bilik di tingkat atas dan mendapati kabinet pakaian terbuka dan barangan berselerak di merata tempat.


"Barangan berharga yang diletakkan di beberapa tempat tersorok turut dilarikan," katanya.


Difahamkan, penjenayah terbabit dikatakan menjalankan kecurian secara terancang dan pantas kerana ketika kejadian jirannya turut mengadakan jamuan berbuka puasa hanya beberapa meter dari rumahnya.


Beliau berkata, sejak kejadian, dia dan isteri tidak lagi berani untuk keluar masuk rumah kerana bimbang kejadian sama berulang.


"Lokasi rumah ini terletak di tepi kawasan bukit yang hanya bersebelahan dengan jalan besar. Kemungkinan penjenayah boleh masuk menggunakan laluan dari luar ini tanpa perlu masuk ke laluan utama.


"Kecurian di kawasan ini semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian ini berlaku semasa kami tiada di rumah, "katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.


Katanya, polis juga sudah mengarahkan pasukan ronda bermotosikal untuk melakukan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/30  143  3 Google +0  0  0



JEMPUTAN TAKLIMAT “PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013”


Ruj. Kami : PPBSP/PKHR/7/01

 

Dato'/Dr./Tuan/Puan,

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

AJK PPBSP, 

Ketua-ketua Skim BSP, 

Wakil Bangi Heights, 

Ketua Balai Polis Bangi

 

PER: PANGGILAN TAKLIMAT "PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013"

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) bercadang untuk melaksanakan pelan keselamatan di Bandar Seri Putra semasa hari raya Aidilfitri 2013. Bagi membolehkan pelan keselamatan ini berjalan dengan berkesan, PPBSP berharap agar skim-skim dapat menhadiri taklimat yang akan diadakan seperti maklumat dibawah.

 

3. Dengan ini Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke taklimat "Pelan Keselamatan Hari Raya 2013" yang seperti berikut :


Tarikh            :           27 Julai 2013


Hari                :           Sabtu

Waktu                        :           9.00 pagi


Tempat           :           Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra

 

3. Sekiranya Dato'/Dr./Tuan/Puan berhalangan untuk menghadiri mesyuarat ini, mohon dihantar wakil atau diharap dapat memaklumkan pemangku YDP Tuan Mustafa Kasim (016-369-2443, mustafakassim54@gmail.com) atau setiausaha persatuan Tuan Khairil Anuar (013-207-4540, khai@bandarseriputra.com)

 

4.  Kerjasama daripada Dato'/Dr./Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.



 

Yang Benar,

                     

t.t. 

......................................................................

 

KHAIRIL BIN ANUAR

Setiausaha


Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra


Fwd: [bspinduk] Sedekah Paling Afdhal


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Sedekah Paling Afdhal


Marilah kita sama-sama merebut Sedekah Paling Afdhal ketika bulan Ramadhan ini.. insyaAllah..

Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim masih perlukan kira-kira RM3 juta, semua derma dikecualikan Cukai Pendapatan..


Maybank Islamic : 5628 3450 4024 
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08 
Bank Islam : 1202 9010 0595 85 
BSN : 1016 041 0000 98234

Layari Facebook Masjid Al-Mustaqim: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=570397699683085&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1

Sumber hadis: Sistem Pengurusan Fatwa (FMS) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai -
http://www.e-infad.my/i-fms/index.php?option=com_fatwa&task=viewlink&link_id=408&Itemid=48

__._,_.___

Jemputan ke majlis "Solat Tarawih Berbumbungkan Langit Malam"

Inline images 1
Klik untuk pembesaran.

Jemputan ke majlis "Solat Tarawih Berbumbungkan Langit Malam"

=============================================================

Anjuran bersama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)

Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)

Tempat: Dataran SRA Bandar Seri Putra

Muslimin muslimat sekitar sekolah semua dijemput hadir.

8.15 malam
- Ketibaan tetamu

8.50 malam
- Azan Isyak
- Solat Isyak
- Solat Tarawih (diselangi tazkirah ringkas)
- Moreh

Gambar dan Video Ustaz Subki di Surau Al-Hijrah malam tadi

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

VIDEO (keseluruhan) Perkongsian Ustaz Subki 13/7/2013 di Surau Al-Hijrah

Video 1/3
======

Video 2/3
======

Video 3/3
======

Inline images 7

SRABSP: Esok hari Persekolahan

Makluman yang disampaikan dalam FB SRABSP:
https://www.facebook.com/srabandarseriputra
Dimaklumkan bahawa esok, 13 Julai 2013 (Sabtu) adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti jerebu pada 24 Jun 2013 (Isnin) yang lepas.

Jadual pembelajaran adalah mengikut hari Isnin.

Harap maklum, terima kasih.
-MSBS-

Bubur Lambuk Percuma


From: Norizan BHDSB <nsizan@umland.com.my>
 

Semua penduduk yang dihormati,

 

Terlebeh dahulu kami, Bangi Heights Development Sdn Bhd mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak" kepada semua penduduk yang beragama Islam.

 

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini, seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya, Bangi Heights Development sekali lagi pada tahun ini akan mengedarkan Bubur Lambuk percuma kepada penduduk-penduduk Bandar Seri Putra seperti berikut:-

 

Tarikh                        :           12 Jul 2013, 19 Jul 2013 & 02 Ogos 2013.

 

Venue                        :           Dihadapan Pejabat Jualan Bangi Heights Development Sdn Bhd,

                                                No. 1, Jalan Seri Putra 1/1.

 

Masa                         :           Bermula jam 4.30 petang hingga jam 6.00 petang.

 

Semua penduduk adalah dijemput datang mengambil serta menikmatinya. "Siapa cepat dia dapat (first come first serve)".

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

__._,_.___

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2013

  Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2013

(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=564731113583077&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM4,167,455.42*  (berakhir 30 Jun 2013).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-42 pada 3 Julai 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Jun 2013 = RM151,309.53
  • bulan Mei 2013 = RM143,511.74
  • bulan April 2013 = RM151,112.58 (UPDATED)
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN RM200,000 sebulan supaya dapat menampung kos pembinaan.
Tabung Pembinaan masih memerlukan RM3,332,544.58* lagi.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi dengan tibanya bulan Ramadhan bermula esok.

Sedikit Perkembangan Terkini:

- JK Teknikal melaporkan status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 11% setakat 14 Jun 2013


Nota:
* Tidak termasuk RM1 juta dari UMLand

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

__._,_.___

Fwd: [Surau Al-Hijrah] Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!




Ramadhan Kareem
Muslimin / Muslimat,
Bulan Ramadhan datang lagi dengan penuh keberkatan. Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk sekali lagi berjumpa dengan bulan 1000 rahmat ini. Marilah bersama-sama dengan Anak Kariah Surau Al-Hijrah untuk beribadah disamping mengeratkan ukhwah dalam kejiranan setempat.
Sepertimana tradisi terdahulu, Surau Al-Hijrah akan memenuhi Ramadhan dengan aktiviti yang dirancangkan seperti berikut :
Agihan bubur lambuk (Isnin hingga Jumaat) bermula jam 6.00 petang
  • Berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah setiap hari
  • Solat sunat Tarawih bersama Imam Muda, Imam Tahfiz, Imam Jemputan serta Imam dari Palestine
  • Tazkirah Ramadhan
  • Tadarus al-Qur'an
  • Tahlil Arwah
  • Moreh
  • Majlis Berbuka Puasa bersama Jemaah (Sabtu - 27 Julai)
  • Qiamullail mencari Lailatul Qadr
  • Dalam perkembangan lain, pembinaan ruang solat tambahan hampir selesai. Terima kasih atas sumbangan wakaf Tuan/Puan maka perkara ini berjaya direalisasikan. Surau juga akan memasuki Fasa III bagi membina bangunan tambahan yang meliputi stor, ruang mandi jenazah serta bilik utiliti.
    Pihak Surau amat berharap kepada para Jemaah dan Anak Kariah untuk tampil memberikan sumbangan kerana sebuah Surau yang lengkap memerlukan lebih dari itu untuk prasarana dan penyelenggaraan demi kemudahan semua Jemaah.
    Bersama-sama ini disertakan Borang Tahlil untuk rujukan dan kegunaan Muslimin/Muslimat.
    Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan kepada sumbangan para Jemaah selama ini dan semoga pahalanya akan berkekalan serta membantu kita di Akhirat kelak.
     
    BAGI PIHAK DATO PENGERUSI SURAU AL-HIJRAH BSP

     
    Sekian, wassalam.
     
    Sijil Wakaf bagi membiayai pembinaan Ruang Solat Tambahan telah dibuka. Setiap Wakaf bernilai RM100 setiap satu meliputi ruang seluas 2,100 kaki persegi.
    Sijil Wakaf boleh didapati dari Bendahari Surau, Saudara Mazlan Abdullah @ berhubung dengan mana-mana AJK Surau.

    We Love Ramadhan IKRAM Jr

    Inline images 1

    We Love Ramadhan

    7/7/2013 (Ahad)

    9.30 pagi - 12 tengahari

    Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra

    Hubungi: Iman 013 364 0099

    Yuran: RM10 sahaja

    IKRAM Junior

    Entri Terkini

    Malinglist Terkini

    Related Posts with Thumbnails

    Kalendar

    Maklumat Setempat

    Pihak Berkuasa Berkaitan

    Malaysiakini

    Berita Harian

    ESPNsoccernet