Terkini

[SYOK'2011] Perubahan Masa bagi Bengkel Coklat

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, bengkel coklat diganjakkan ke sebelah petang 2-5 petang. Ini untuk memberi laluan kepada pendaftaran kelas renang pada pagi tersebut. Bagi pihak penganjur, kami memohon maaf atas perubahan ini.

Bagi yang ingin mendaftar untuk kedua-dua program ini (serta program lain) bolehlah membuat pendaftaran dan bayaran di sini:

Pendaftaran

==================================

Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja.

Antara objektif bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada anak-anak asas masakan coklat. Di samping dapat memenuhi masa cuti sekolah mereka, sudah tentu mereka seronok melakukan aktiviti diluar daripada apa yang dipelajari disekolah. Ini sudah tentu meningkatkan kreativiti dan keyakinan anak-anak. Mungkin juga mereka boleh diketengahkan untuk program masakan Master Chef Malaysia versi Kanak-kanak (jika diadakan nanti).

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 2.00 – 5.00 petang (3 jam) - KEMAS KINI
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Kelas compound sahaja. Kelas diajar secara 'hands-on'. Penerangan tentang jenis-jenis coklat. Teknik mencairkan coklat compound. Antara jenis coklat yang akan dibuat: Pelbagai jenis PRALIN COMPOUND DGN INTI @ FILING, Coklat truffle,  LOLLICHOC, coklat bar. *** Bahan dan peralatan di sediakan.
Trainer: Puan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.

Pendaftaran

Antara coklat yang boleh dihasilkan:



















Bagi memudahkan urusan pendaftaran, semua peserta yang telah dan belum mendaftar secara SMS sebelum ini diharap dapat mengisikan borang dibawah serta dapat membuat bayaran kepada akaun yang tertera pada borang tersebut.

Terima kasih.

Borang Pendaftaran

============================================


PROGRAM KELAS BERENANG (KOLEJ KOMUNITI/PER PENDUDUK BDR SERI PUTRA)



Sesiapa yang masih berminat utk belajar berenang boleh membuat pendaftaran:

Pada : HARI SABTU 3/12/201 (16 Jam kelas berenang 4 jam kelas CPR)

TEMPAT: BUKIT MAHKOTA CLUB HOUSE.

PUKUL : 8.00 pagi.

Bayaran pendaftaran : RM 50.00 shj. Kelas akan bermula pada hari itu juga.

Sesiapa yang belum ada baju boleh dibeli pada hari tersebut (ADA DIJUAL)

Jadual akan diberikan pada hari pendaftaran.

Perserta : 25 org (Tempat terhad, pemohon awal dan berminat saja diutamakan)

Mohon war2kan kepada kejiranan masing2.

Hubungi saya utk pendaftaran : PN NUR (BIRO WANITA PPBSP)


PESTA KONVOKESYEN USIM KALI KESEMBILAN 2011



PESTA KONVOKESYEN USIM KALI KESEMBILAN 2011

TARIKH :
1 - 4 DISEMBER 2011

TEMPAT :
PERKARANGAN STADIUM TERTUTUP NILAI

ANJURAN :
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DENGAN KERJASAMA KUMPULAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

PELBAGAI ACARA MENARIK DISEDIAKAN DAN SEMUA DIJEMPUT HADIR

Kejohanan Bola Sepak Bawah 16 tahun Bandar Seri Putra : keputusan akhir

Dipetik daripada forum Putra Tropika
http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1976.msg16832#msg16832

Tahun ini, pasukan bola sepak bawah 16 tahun kita telah menempah sejarah dengan menjuarai Liga bola Sepak Bawah 16 Tahun Anjuran Pers. Penduduk Putra Tropika dengan kerjasama Kelab Sukan Putra Mahkota.  Sebanyak 10 pasukan telah bertanding

Perlawanan akhir menentang Putra Terrace A berkesudahan 2-0.
Walapun pada pusingan awal, prestasi pasukan nampak  seperti tidak konsisten, tetapi pasukan Junior Tropika B telah berjaya membantu mengimbangkan kedudukan dan sekaligus memberikan laluan kepada Pasukan Tropika A menuju ke separuh akhir dan akhirnya menjadi JUARA 2011....  Tahniah!!!!

Anugerah Penjaring terbanyak dengan jumlah gol ialah 5,  dimenangi oleh pemain dari Tropika A iaitu Saufi sementara anugerah pemain terbaik juga diberikan kepada pemain Tropika A,  Acap.  Tahniahh kepada kedua-keduanya.....

Tahniah juga kepada Tropika B-Junior kerana telah memberikan tentangan yang baik kepada pasukan yang lain dan nampaknya ramai lagi yang berbakat dan berpotensi besar untuk menjadi pelapes pasukan senior yang mungkin akan melepasi umur 16 tahun pada tahun-tahun akan datang......

Diakhir program 5 orang pemain dari tropika A & B telah dipilih menjadi pemain projek BSP bersama-sama dengan wakil-wakil pemain terbaik  taman yang lain dimana jumlah seramai 40 orang.
terima-kasih kepada semua yang terlibat, Wira selaku pengerusi program, Izad -pengerusi pers. penduduk, Dolah, Andy, Anuar Sokka,KE,  Omri,dan ramai lagi yang terlibat..... termasuk klon Anuar sokka yang bertugas sebagai referee.  terima-kasih Anuar Sokka kerana menghantar kembarmu....

Akhir kata, semoga aktiviti sukan BSP dan Putra Tropika terus berkembang maju dan lebih ramai lagi akan dapat membawa aktiviti sukan ini jauh kehadapan.   Kita juga mengharapkan lebih ramai lagi boleh menggerakkan dan mengaktifkan aktiviti Sukan Putra Tropika  pada masa-masa akan datang....

Saya memohon maaf jika sekiranya selama ini , ada kesilapan dan kelemahan dalam aktiviti sukan Pers. Penduduk Putra Tropika... dan semoga seseorang dapat menggerakkan lagi dan menambah baik aktiviti sukan kita...

sekian,,,
Selamat Maju Jaya....Majulah Sukan untuk masyarakat.....

BP
Penganjur
Liga Bola Sepak bawah 16 tahun
Putra Tropika

[SYOK'2011] Pendaftaran Bengkel Coklat Masih Terbuka

Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja.

Antara objektif bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada anak-anak asas masakan coklat. Di samping dapat memenuhi masa cuti sekolah mereka, sudah tentu mereka seronok melakukan aktiviti diluar daripada apa yang dipelajari disekolah. Ini sudah tentu meningkatkan kreativiti dan keyakinan anak-anak. Mungkin juga mereka boleh diketengahkan untuk program masakan Master Chef Malaysia versi Kanak-kanak (jika diadakan nanti).

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Kelas compound sahaja. Kelas diajar secara 'hands-on'. Penerangan tentang jenis-jenis coklat. Teknik mencairkan coklat compound. Antara jenis coklat yang akan dibuat: Pelbagai jenis PRALIN COMPOUND DGN INTI @ FILING, Coklat truffle,  LOLLICHOC, coklat bar. *** Bahan dan peralatan di sediakan.
Trainer: Puan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.

Pendaftaran

Antara coklat yang telah dihasilkan:

















[SYOK'2011] Program Cuti Sekolah di BSP - Borang Pendaftaran



Bagi memudahkan urusan pendaftaran, semua peserta yang telah dan belum mendaftar secara SMS sebelum ini diharap dapat mengisikan borang dibawah serta dapat membuat bayaran kepada akaun yang tertera pada borang tersebut.

Terima kasih.

Borang Pendaftaran


---------- Forwarded message ----------

Borang Pendaftaran SYOK'2011

Bagi memenuhi masa anak-anak dan keluarga pada cuti sekolah ini, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dibawah Biro Sukan dan Rekreasi dan Biro Wanita ingin menjemput warga Bandar Seri Putra khususnya atau masyarakat sekitar Bandar Seri Putra untuk menyertai program: Syoknya Cuti Sekolah @ BSP (SYOK'2011) Berikut di senaraikan beberapa program yang telah dirancang: 1. Kelas Renang 1 Malaysia 2. Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja. 3. Bengkel Membuat Cupcake dan Hiasan untuk kanak-kanak dan remaja. 4. Indahnya Subuh di Broga (ISB) – Mendaki Bukit Broga 5. Bengkel Mengurus diri dengan Google dan Facebook untuk remaja. 6. Bengkel Membuat Keychain/Kraftangan 7. Pertandingan Bowling Terbuka PPBSP 2011 (Taman, Kumpulan Lelaki, Kumpulan Wanita dan Kumpulan Kanak-kanak). Diskaun diberikan kepada mereka dan keluarga yang telah mendaftar sebagai Ahli PPBSP. Hubungi: En. Khai (Biro Sukan dan Rekreasi) - 012.2655.203, khaiatbsp@gmail.com Cik Puan Nursiah (Biro Wanita) - 019-2641736 http://syokcutibsp.blogspot.com












[SYOK'2011] Program Cuti Sekolah di BSP - Bengkel Kraf Felt



Berkaitan Bengkel Membuat Keychain /Kraftangan


Ini antara hasil kraf selepas menghadiri bengkel ini.





















====================

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

[SYOK'2011] Program Cuti Sekolah di BSP - Bukit Broga

383830_247920855263350_169051276483642_657796_1849563799_n.jpg

Syoknya Cuti Sekolah @ BSP (SYOK'2011)

 
Dato/Datin/Tuan/Puan sekelian,
 
Semua warga BSP dan sekitarnya disyor ikut serta dalam program mendaki Bukit Broga 11 Dis 2011 jam 5.30 pagi.
Ini satu aktiviti luar yang sangat baik untuk semua peringkat.
Dibawah dikongsikan gambar tapi bukan Bukit Broga. Gambar dibawah adalah sewaktu rombongan BSP mendaki Gunung Kinabalu pada 11.11.2011 sebagai suntikan semangat kepada sahabat semua.
 
Persiapan diri
1. Senaman harian 30 minit pagi atau petang
2. Minum susu kalsium tinggi, madu asli dan telor setengah masak
3. Ceria dan yakin pada diri
 
Pakaian dan kelengkapan
1. Baju T, seluar track, kasut sukan
2. Topi dan sun glass
3. Headlight (option)
4. Tongkat daki (option)
5. Baju hujan (option)
6. Towel goodmorning
7. Plastik sampah
8. Kamera (option)
 
Makanan dan minuman
1. 2 botol air mineral 500 -600ML
2. Jajan atau snack
3. Sarapan spt nasi lemak, bihun goreng, kueh, sandwich
4. Air kotak Milo
 
Aturcara
5.30 pagi Kumpul di Pusat Khidmat masyarakat BSP
5.50 pagi solat subuh di masjid Bt 3 Semenyih
6.30 pagi daki Bukit Broga
7.30 pagi ta'aruf dan sarapan
7.45 pagi tazkirah dhoha
8.10 pagi turun
8.40 pagi selesai dan pulang
 
Sila beri nama segera kepada Khai atau saya bagi tujuan pendaftaran penyertaan.
 
Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof  +6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH. 

 
User comments
VIEW SLIDE SHOW DOWNLOAD ALL
ADD MORE PHOTOS
This online album has 3 photos on SkyDrive.
User comments
User comment

Kem HIJRI 1433 (Versi 4.0) Bagi Tuan Puan Yang Anak Sudah Remaja

 

500


PENGENALAN

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) 1433 adalah kem percutian yang dianjurkan bersempena musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan. Program ini dibentuk khusus bagi mengisi keperluan remaja semasa, yang berdepan pelbagai cabaran, yang sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), penghayatan agama, krisis nilai, serta pengurusan emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa hadapan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (HIJRI).

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) ini, adalah sebuah program bersifat residential selama 4 hari 3 malam, yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13 ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaran membabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif, aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, yang bukan sekadar menyampaikan mesej kepada peserta, malah membolehkan kami menyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsi pandangan secara lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.

Idea Tasawwur Islam yang segar, dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remaja dalam bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai dan mengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai dengan panca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini. Kami juga menawarkan ruang buat para peserta berdiskusi mengenai rancangan pelajaran dan kerjaya mereka dengan fasilitator jemputan yang berlatarkan pelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik.

600

TOPIK PERBINCANGAN 

ATAU KLIK DI: viewform

 SYNERGY TRAINING & CONSULTING | WWW.STC.MY  | PEOPLE PURPOSE PROCESS

__._,_.___

[Iklan] Bengkel Kraf Felt

383830_247920855263350_169051276483642_657796_1849563799_n.jpg

Berkaitan Bengkel Membuat Keychain /Kraftangan

====================

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

SRABSP - Kecemerlangan Murid-murid



Boleh baca pada pautan di bawah. Untuk PSRA, 6 pelajar dapat mumtaz berbanding 2 pada tahun lepas. Peningkatan 200%.
Tahniah SRABSP.

Sumber: http://tintaberdakwat.blogspot.com/2011/11/0000314.html

Gambar: Karnival Kesihatan dan Perasmian Legundi Phasa 11(A)

Dikongsikan gambar semasa program.











Selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.248014798587289.60329.169051276483642&type=1

http://ppbsp.blogspot.com

Program Cuti Sekolah di BSP

383830_247920855263350_169051276483642_657796_1849563799_n.jpg

Bagi memenuhi masa anak-anak dan keluarga pada cuti sekolah ini, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dibawah Biro Sukan dan Rekreasi dan Biro Wanita ingin menjemput warga Bandar Seri Putra khususnya atau masyarakat sekitar Bandar Seri Putra untuk menyertai program:

Syoknya Cuti Sekolah @ BSP (SYOK'2011)


Berikut di senaraikan beberapa program yang telah dirancang:

1. Kelas Renang 1 Malaysia
Tarikh: 19 November 2011 (Sabtu) - PENDAFTARAN
Kelas : 2 jam utk 1 hari (10hari) selama 20 jam.
Masa: 8.00 - 10.00 malam di Bkt Mahkota
Tempat: Kolam renang Bukit Mahkota.
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Program Latihan 1 Malaysia (Swimming Skill & Cardiac Pulmonary Resuscitation)
Untuk remaja berumur 15 tahun dan ke atas.
Pengendali: Kolej Komuniti Hulu Langat
Hubungi: Puan Nursiah

2. Bengkel Membuat Coklat untuk kanak-kanak dan remaja.
Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian: Kelas compound sahaja. Kelas diajar secara 'hands-on'. Penerangan tentang jenis-jenis coklat. Teknik mencairkan coklat compound. Antara jenis coklat yang akan dibuat: Pelbagai jenis PRALIN COMPOUND DGN INTI @ FILING, Coklat truffle,  LOLLICHOC, coklat bar. *** Bahan dan peralatan di sediakan.
Trainer: Cikpuan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.
Hubungi: Khairil

3. Bengkel Membuat Cupcake dan Hiasan untuk kanak-kanak dan remaja.
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Surau As-Syakirin
Yuran : RM50 seorang.
Perincian:  Membuat kek butter badam & coklat. Membuat kek span. Menghias cupcake menggunakan: Butter cream, butter ising, chocolate frosting, piping jelly.
Trainer: Cikpuan Azlina. Menceburi bidang bakery sejak 4 tahun lalu. Bermula di rumah dan seterusnya berkembang ke sebuah kedai di Bangi.
Hubungi: Khai

4. Indahnya Subuh di Broga (ISB) – Mendaki Bukit Broga
Tarikh: 11 Disember 2011
Masa: 5.30 pagi (Berkumpul di Petronas BSP)
Tempat: Bukit Broga, Semenyih
Yuran : Percuma
Perincian: Peserta akan mendaki bukit Broga untuk melihat matahari terbit di atas Bukit Broga.
Pengendali: Tuan Haji Ahmad (YDP PPBSP)*
Hubungi: Khai

5. Bengkel Mengurus diri dengan Google dan Facebook untuk remaja.
Tarikh:16 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM20 seorang.
Perincian: Didedahkan dengan kelebihan menggunakan Google. Tip-tip mengurus diri dengan aplikasi Google. Tatacara dalam mengendalikan Facebook.
Trainer: En Khai. Pengedali blog dan facebook pelbagai entiti di BSP.
Hubungi: Khai


6. Bengkel Membuat Keychain/Kraftangan
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : akan dimaklumkan
Perincian:
Pengendali:
Hubungi: Khai

7. Pertandingan Bowling Terbuka PPBSP 2011 (Taman, Kumpulan Lelaki, Kumpulan Wanita dan Kumpulan Kanak-kanak).
Tarikh: akan dimaklumkan kemudian
Masa: 8.00 malam
Tempat:
Yuran : RM30 seorang
Perincian:
Pengendali: -
Hubungi: Khai


Diskaun diberikan kepada mereka dan keluarga yang telah mendaftar sebagai Ahli PPBSP.

Hubungi:    
En. Khai (Biro Sukan dan Rekreasi) - 012.2655.203, khaiatbsp@gmail.com
Cik Puan Nursiah (Biro Wanita) - 019-2641736
http://syokcutibsp.blogspot.com

** Tertakluk pada perubahan

Esok: Karnival Kesihatan dan Perasmian Legundhi Phasa 11(A)

Jangan lupa program esok.

---------- Forwarded message ----------

Sabtu ini bertempat di Pejabat Jualan Bangi Heights akan diadakan Karnival Kesihatan Komuniti Bandar Seri Putra anjuran Pusat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan perasmian Legundi Phasa 11(A) oleh Bangi Heights Develpoments.

Majlis akan bermula jam 7.30 pagi. Antara aktiviti:

1- Aerobik
2- Free health screening (1 hari sahaja)
3- Racing car drifting demo
4- Street magician
5- Clown show (2 hari)



Berkaitan projek Legundi
==================
Sumber:http://my.news.yahoo.com/bangi-heights-launches-legundi-phase-2-114406821.html

KAJANG (Nov 14): Bangi Heights Development Sdn Bhd, a subsidiary of United Malayan Land Bhd (UM Land) will be launching the second phase of its Legundi Residensi series within the township of Bandar Seri Putra, Bangi soon.

The new phase spans 8.44 acres, has a gross development value (GDV) of RM58 million and will comprise of 52 units of 2-storey cluster houses, 16 units of 2-storey semi-detached houses and three units of 2-storey bungalows.

The 2-storey cluster units have built-up areas between 2,659 sq ft-2,780 sq ft with prices ranging from RM743,400 to RM1.2 million, while the 2-storey semi-Ds have built-up areas from 3,020 sq ft and are tagged from RM932,400 to RM1.4 million. The 2-storey bungalows have a built-up area of 3,506 sq ft with a price tag of RM1.6 million to RM1.7 million.

According to UM Land director of operations Zulkifly Garib, the second phase will be the final phase of the Legundi Residensi series.

"The second phase takes off from the first series, which is practically sold out. Value and quality remain the essence of this new product," Zulkifly said. "We have further raised our benchmark through this phase and believe that the market will see and realise this."

Legundi Residensi Series 1 was launched on April 16 and has achieved a take-up rate of 92% since, said Zulkifly adding that UM Land hopes to repeat the success of the first phase in its second phase. Sitting on 7.9 acres, the first phase comprises 65 houses, 52 units of 2-storey cluster homes, 12 units of 2-storey semidee houses and one 2-storey bungalow.

The official launch for phase 2 is slated for Nov 19 and 20. Legundi Residensi is part of the developer's ongoing township development Bandar Seri Putra and future developments in the township will include apartments, shop offices and bungalows.

Bandar Seri Putra is an integrated township spread over 898 acres of freehold land located along the KL-Seremban Highway. The township is 37km to Kuala Lumpur, 12km to Bandar Baru Bangi, 30km to Putrajaya, 35km to the Kuala Lumpur International Airport and 5km to Nilai.



Berkenaan Karnival Kesihatan

Tujuan utama adalah untuk memberikan penerangan tentang Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Diseases- NCD)
Seterusnya menyaring peserta yang berkemungkinan besar akan mendapat NCD agar secara sukarela dalam PROJEK NCDP- 1 MALAYSIA-SETTING KOMUNITI-BANDAR SERI PUTRA
Sukarelawan yang terpilih akan diberi tunjuk ajar untuk mengelakkan penyakit berkaitan NCD dengan pemantau selama 6 bulan.
Pelbagai program berkala juga akan diadakan di sini sepanjang 6 bulan program ini.
Diharap ramai sukarelawan (target 50 orang) akan tampil untuk menyertai program ini.

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT( Non Communicable Diseases- NCD)

- Penyakit Jantung
- Diabetis
- Stroke
- Darah Tinggi
- Kanser
- Penyakit Saluran Pernafasan yang kronik  ( Chronic Respiratory  Diseases)

Beban Penyakit Tidak Berjangkit (NCD )di Malaysia

- Dianggarkan kira-kira 60-70% dari jumlah kehadiran pesakit ke klinik kesihatan KKM adalah berkaitan penyakit NCD
- Penyakit NCD menyumbang kepada 20% kemasukan pesakit ke hospital KKM
- Penyakit NCD juga merupakan lima sebab utama kematian di hospital KKM sejak 10 tahun yang lepas
- Sebab utama kematian pra-matang (iaitu di bawah umur 60 tahun) juga adalah akibat penyakit NCD

Kematian akibat NCD adalah 40% daripada keseluruhan kematian di hospital KKM.


PROJEK NCDP 1 MALAYSIA - SETTING KOMUNITI - BANDAR SERI PUTRA

Objektif Umum
Menangani faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit  secara berkesan, dengan menggunakan obesiti sebagai entry point, untuk mengurangkan beban Penyakit Tidak Berjangkit di Malaysia.

Objektif Khusus
- Untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang amalan gaya hidup sihat serta terapi perubahan tingkahlaku untuk penurunan berat badan yang berkesan
- Mengenal pasti golongan yang berisiko melalui saringan kesihatan
- Melaksanakan intervensi bagi golongan yang dikenalpasti berisiko
- Memperkasakan komuniti dalam dari aspek amalan gaya hidup sihat melalui input dan latihan kepada komuniti setempat untuk mereka menjalankan aktiviti amalan gaya hidup sihat dengan lebih aktif secara berkala .
- Untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan peserta tentang pemakanan dan aktiviti fizikal sebelum dan selepas program intervensi.
- Mensasarkan 80% dari peserta yang menyertai program dapat mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 5% dalam  tempoh 6 bulan
- Untuk mewujudkan persekitaran dalam komuniti yang menyokong amalan Gaya Hidup Sihat
- Memastikan program gaya hidup sihat dalam komuniti  dilaksanakan dan diamalkan  secara berterusan

Aktiviti saringan faktor risiko NCD
 
Aktiviti ini (Sabtu ini) adalah membuat saringan faktor risiko NCD (obesiti) dan mengenalpasti mereka yang digolongkan dalam kategori "borderline". Pakej intervensi akan disediakan kepada golongan tersebut.
 
Saringan ini meliputi saringan:
i.    Berat jisim tubuh (BMI)
ii.   Tekanan darah
iii.   Paras gula dalam darah
iv.   Paras kolesterol dalam darah
vi.   Saringan Minda Sihat

Saringan

- Semua individu dewasa berumur ? 18 tahun .
- Saringan dijalankan terhadap dewasa yang berumur ? 30 tahun yang tidak pernah didiagnosa dengan penyakit NCD  
- Dewasa yang berumur ? 18 – 30 tahun jika obes , mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD atau kematian pra- matang akibat NCD.

Aktiviti intervensi faktor risiko NCD

Aktiviti intervensi dibantu oleh modul intervensi yang disediakan oleh KKM:-
- Intervensi Pemakanan Sihat
- Intervensi Senaman
- Intervensi Minda Sihat
- Intervensi Berhenti Merokok

Menyediakan pakej atau prasarana bagi menambah keberkesanan aktiviti  

i.   Kelas memasak/Dapur sihat ( Tempat disediakan oleh komuniti)
ii.   Mini gymnasium dan peralatan senaman seperti fitball, dumpbell dan pedometer , basikal ( Tempat disediakan oleh komuniti)
iii.   Aktiviti-aktiviti senaman dan pertandingan seperti senamrobik, poco-poco, taici, aktiviti berjalan kaki (10,000 langkah (komuniti  boleh menyediakan laluan/foot print bagi menarik pengguna) dijalankan secara berkala.
iv.   Aktiviti gotong royong secara berkala. Selain dapat meningkatkan aktiviti fizikal, kebersihan dan persekitaran taman dapat dipertingkatkan bagi menghindari penyakit-penyakit berjangkit seperti demam denggi, Leptospirosis, tifoid dan  Hepatitis A.

Diari kesihatan

 
Diari kesihatan akan disediakan kepada klien sebagai panduan asas dalam pencegahan faktor risiko NCD dan catatan harian untuk setiap perubahan dan amalan baik ke arah gaya hidup sihat.

Penilaian outcome

- Retention rate ( Bilangan peserta yang masih mengikuti program selepas 3 bulan dan 6 bulan)
- Peratus peserta yang dapat  menurunkan berat  5% dari  berat badan asal selepas 6 bulan
- Penurunan tahap kolestrol selepas 6 bulan
- Shift mean BMI, systolic BP, diastolic BP, blood sugar, kolestrol  selepas 6 bulan

Diharap ramai sukarelawan akan tampil untuk mengikuti projek ini.

Bandar Seri Putra ada Pemenang Pingat Emas Sukan SEA

Aaliyah juara termuda Sukan SEA

aaliyah-yoong.jpg

PALEMBANG - Pada usia lima tahun, minat Aaliyah Yoong Hanifah bagaikan tidak boleh dikawal dan dia terlalu teruja dengan sukan ski air selepas melihat abang dan kakaknya, Alex serta Phillipa bermain sukan tersebut.

Kerana tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas anak sulung hasil perkahwinan kedua bersama Norzeela Sulaiman, Hanifah Yoong Abdullah terpaksa menyekat minat Aaliya, namun dia hanya berjaya melakukannya untuk tiga bulan.

Selepas itu, minat pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Bangi itu terhadap sukan air bagaikan tidak mampu dibendung, dan minat itulah yang membawa Aaliyah melakar sejarah muncul juara termuda dalam sejarah Sukan SEA dengan meraih emas tricks, semalam.

"Saya sangat gembira dapat memenangi emas acara ini. Ketika beraksi, saya cuma menikmatinya dan berusaha mengimbangi badan agar tidak terjatuh," kata atlet termuda pada Sukan SEA XXVI itu.

Aaliyah berkata, sebelum berangkat ke Palembang, seorang gurunya mengucapkan selamat berjuang dan berjanji akan mendoakan kemenangannya walaupun terpaksa 'ponteng' sekolah demi negara tercinta.

"Selepas memenangi emas ini saya akan memberi sokongan kepada atlet lain pula. Saya mahu tengok acara renang," kata atlet cilik yang hanya memiliki berat 28 kilogram dan berketinggian 145 sentimeter itu.

Peminat bintang pop, Justin Bieber itu juga berkata, dia akan meminta bapanya membeli permainan video dan anak patung Barbie sebagai hadiah.

Menurut Hanifah, anaknya sangat luar biasa kerana dua tahun lepas ketika menjalani latihan di sebuah empangan di Beijing, Aaliyah terjun ke empangan tanpa sebarang perasaan takut.

Ibunya, Norzeela pula berkata, pengorbanan anaknya dalam sukan ini amat besar dan agak ketinggalan dalam pelajaran akibat banyak bertanding di luar negara.

"Dia sebenarnya kanak-kanak pintar tetapi kerana kerap bertanding di luar negara, pelajarannya merosot dan dia tidak dapat kekal dalam kelas terbaik. Sebelum itu dia berjaya mendapat A dalam setiap mata pelajaran," katanya. - Utusan

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9407.msg86409#msg86409

[Iklan] D'Aina Food - Kek Coklat Moist



Kek coklat moist

Berat 2kg

RM50

Hubungi Khai 012.2655.203


http://dainafood.blogspot.com/
https://www.facebook.com/aina.distributor

Hebahan Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan, 21 Nov. 2011 jam 9.00

374144_10150460783633708_245996843707_10540580_1493632952_n.jpg

Majlis Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan tahun 2011 yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada:

Tarikh  : 21 November 2011 (Isnin)
Masa   : 9.00 pagi
Tempat: Padang SMK Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor

Semua penduduk sekitar Bandar Seri Putra dijemput hadir.
Mohon disebarkan kepada semua.
Terima kasih.

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet