Terkini

Kursus jangka pendek di KUISCELL, BANDAR SERI PUTRA

Assalamuailaikum,

Tuan-tuan/Puan-puan yang dihormati sekelian, pihak Kuiscell Bandar Seri Putra ada menawarkan kurusus jangka pendek seperti di bawah :-

1) Nama Kursus : Sijil Pengajian Al-Quran Tajwid Tatbiqi 1
Jangka Masa : 3 bulan , 1 minggu sekali
Masa : 9-12 tghari
Hari : Isnin/Selasa/Rabu/Khamis ~ belum ditetapkan lagi

2) Nama Kursus : Pengajian Perbandingan Agama
Jangka Masa : 3 bulan , 1 minggu sekali
Masa : 9-12 tghari
Hari : Isnin/Selasa/Rabu/Khamis ~ belum ditetapkan lagi

Info:
KUISCELL memang ada menawarkan kursus di atas pada hari Sabtu/Ahad yg akan bermula 26 Mac 2011.
Malang nya, masa yang sesuai untuk saya adalah pada 9-12 tghari, Isnin-Khamis.
Dan pihak KUISCELL mungkin boleh adakan kelas khas (selain hujung minggu) jika ada sekurang2nya 10 peserta.

Oleh itu, Jika ada sesiapa yg berminat boleh hubungi pihak Kuiscell
dan maklumkan pada saya juga - sms/call
Untuk maklumat lanjut layari www.kuiscell.com

Terima Kasih
Ikhlas,
Noor Leha Ahmad
012-6805202

Buku: Hidangan Si Cilik

Bagaimana nak mengajar anak anda memasak? Mungkin buku bertajuk "Hidangan Si Cilik" tulisan Mamafiza terbitan PTS boleh membantu.
Buku yang mengandungi 45 resipi istimewa ditujukan untuk anak-anak berusia 2-6 tahun mudah untuk disediakan oleh anak-anak yang ingin belajar menyediakan makan seharian.



Saya kongsikan satu menu yang telah berjaya disediakan oleh anak saya yang berusia 10 tahun.











Maklumat lanjut boleh dilihat di http://littlekittle.com/ atau http://pts.com.my/index.php/buku/hidangan-si-cilik/

SK-BSP: Bacaan Yassin dan Maulidurrasul



Insya-Allah majlis bacaan yassin akan diadakan malam ini (Khamis 24/2/2011 waktu maghrib) di sekolah sebagai sebahagian aktiviti bagi persediaan anak-anak Tahun 6 menghadapi UPSR. Bagi ibubapa dan anak-anak yang berkelapangan, boleh turut serta. Tempatnya di sekolah.



Manakala, esoknya, Jumaat 25/2/2011 bermula 8 pagi akan diadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Ianya akan bermula mulai 8 pagi dengan perbagai aktiviti. Antaranya acara perarakan yang akan menyaksikan anak-anak kita berarak memakai pakaian yang menarik. Ibubapa yang berkelapangan boleh juga turut hadir memberikan sokongan. Cadangan saya agar dapat melambai atau membunyikan hon tanda sokongan jika melewati kumpulan pelajar ini.

AGM PIBG SK-BSP Sabtu 26 Feb, 8.15 pagi

AGM PIBG SK-BSP akan diadakan Sabtu ini 26 Feb 2011 mulai jam 8.15 pagi.

Harap ramai-ramai kita turun dan menyokong PIBG.

Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan AGM PIBG sabtu ini, dikepilkan perlembagaan PIBG yang telah diluluskan.

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=6620.0;attach=3761

-PAKSI bagi pihak PIBG

Pertandingan Bowling Amal untuk dana Surau Umar al Khattab (SUAK)

Salam,

Untuk makluman surau fasa 7 SUAK (bersebelahan taman permainan Laman Indah) sedang dalam pembinaan. Pembiayaan bagi pembinaan diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan pihak-pihak tertentu. Alhamdullillah setakat ini jumlah sumbangan yang diterima hampir mencukupi.

Bagi tujuan menambah dana bagi menampung kos pembinaan tersebut pihak jawatankuasa SUAK akan mengadakan pertandingan bowling amal seperti berikut:

Tarikh : 5 Mac 2011
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Ampang Super Bowl, Kajang.
Yuran Penyertaan: RM200 untuk satu pasukan (4 orang sepasukan)
Hadiah menarik disediakan

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi saya 019 2807748 untuk mendapatkan borang dan maklumat lanjut. Adalah diharapkan warga castanea dapat menghantar wakil bagi pertandingan tersebut kerana di samping beramal kita juga dapat beramah mesra dengan penduduk-penduduk fasa 7 BSP.

Terima kasih.

Kecurian di BSP: Pencuri menyamar membaiki saluran paip bocor mencuri 2 laptop

« on: Today at 09:56:13 AM »


Kejadian Berlaku pada 17 Feb 2011 lepas. Seorang India berambut hampir botak memakai kereta Satria Biru muda. Dirumah hanya tinggal anak lelaki sek menengah sendirian. Menggunakan alasan ayah telah menghubungi beliau utk membaiki saluran paip bocor. Apabila masuk kerumah beliau mengarahkan anak naik ketingkat atas mengunci paip utama didalam bilik air dan menunggu sehingga diberitahu utk dibuka semula.

Kesempatan ini diambil untuk mengambil 2 unit laptop di bilik tamu bawah... dipercayai ada unsur2 pukau, sebab anak lelaki ini tidak pernah membenarkan sesiapa masuk kerumah terutama org yg tak dikenali...laporan polis sudah dibuat.. pihak polis memaklumkan ini adalah kejadian kedua dengan modus operandi yg sama dan kenderaan yg sama.

Kepada jiran2 semua berhati2lah dengan kemunculan kereta ini dikawasan anda dan cepat2 maklumkan kepada pihak polis utk diambil tindakan.

Ref: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6615.msg66416;topicseen#msg66416

__._,_.___

Kursus Sembelihan Binatang Ternakan

From: Abdul Rani Mohamed <habrani@gmail.com>

Surau As Syakirin akan menganjurkan kursus sembelihan binatang ternakan, yang akan dikendalikan oleh Ustaz Zailani Hj Redzuan, butir-butir kursus adalah seperti berikut:
 
Tarikh: 27 Feb 2011 (Ahad)
Kursus bermula selepas solat subuh dengan ceramah berkaitan dengan sembelihan.
Praktikal akan diadakan dengan peserta  menyembelih ayam.
Penyertaan percuma, untuk menggunakan ayam dikenakan bayaran RM10
 
Kursus akan ditutup dengan penyembelihan lembu aqiqah.
 
Kepada yang berminat boleh berdaftar dengan pihak surau, atau berhubung dengan Pengerusi Surau (Hj Abdul Rani 013 3356514)
__._,_.___

Pertanyaan dan Jawapan mengenai Juru Nikah

Sumber:http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6594.msg66314#msg66314

Assalammualaikum,

  Saya nak bertanya kepada semua, saya memerlukan maklumat mengenai Penolong Pendaftar Nikah dikawasan BSP dan sekitarnya untuk mendapat tandatangan kebenaran untuk berkahwin sepupu saya. Meminta jasa baik sekiranya boleh disertakan no yg boleh dihubungi............telah cuba utk menghubungi PAID Hulu Langat, namun gagal untuk melepasi talian. Saya berharap mendapat pertolongan dari saudara dan saudari sekalian. Terima kasih...............

Waalaikumussalam Warahmatullah..

Tak salah saya, area Bandar Seri Putra diletakkan dibawah kariah Masjid Bangi Lama. Jurunikahnya adalah Ustaz Dr Haji Zulkefli bin Haji Aini (Timb. Rektor KUIS) 019-2760700 atau 0122260595.. Walaubagaimanapun, bagi Bandar Bukit Mahkota ianya diletakkan dibawah kariah Masjid Sungai Kembong. Jurunikahnya Ustaz Mohamad Fuad bin Haji Ishak (Dekan Fakulti Pendidikan KUIS) 012-2971475.

Terkini: Kutipan Masjid Al-Mustaqim

Ini merupakan Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Januari 2011.

Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-19 yang lalu adalah RM 533,337.91


Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg66120#msg66120

FWD: KES PECAH MASUK RUMAH/CURI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Semua penduduk yang dihormati.

 

Dimaklumkan dua kes jenayah dilaporkan pagi ini, 16 Feb 2011:-

 

1.            KES PECAH MASUK RUMAH - NO. 40, JALAN SERI PUTRA 3/M (D'SENTRAL).  Rumah dimasuki oleh penjenayah, kemungkinan

diantara lebeh kurang jam 2:00 ke 4:00 pagi.  Tiada kesan rumah dipecah masuk.  Penjenayah memasuki rumah

dengan menggunakan anak kunci rumah yang diambil dengan menggunakan sebatang kayu sebagai galah;

panjang lebeh kurang 15 kaki melalui sliding door (bahan bukti tersebut ditemui).  Barang yang hilang ialah

dua buah Laptop, empat buah H/P dan beberapa RM di dalam beg duit.  Kunci kereta, kunci rumah dan beg-beg

duit yang diambil telah ditinggalkan di luar laman rumah.

 

2.            CURI - NO. 29, JALAN SERI PUTRA 3/L (D'SENTRAL).  Penjenayah adalah saspek yang sama dengan kes di atas kerana galah

yang digunakan ditemui di rumah mangsa.  MO adalah sama menggunakan galah untuk mengambil anak kunci

rumah melalui sliding door tetapi yang dapat ialah kunci kereta.  Kereta telah dibuka oleh saspek dan barang

yang hilang ialah Smart Card (Touch&Go).  Kereta tidak diambil tetapi kunci kereta hilang, kemungkinan dibawa

lari oleh saspek.  Tiada barang-barang di dalam rumah yang hilang dan tiada kesan rumah dipecah masuk.

 

Sekian, sila hebahkan kepada semua penduduk masing-masing.

 

Wassalam dan selamat sejahtera.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB


"ENGLISH ISLAND" : ENGLISH PRE UNIVERSITY PROGRAM UNTUK LEPASAN SPM

www.kuiscell.com

PRE UNIVERSITY ENGLISH PROGRAM

"ENGLISH ISLAND"

English Enhancement Program with University approaches for SPM Leavers



Activities :
* "Little Prince On Island"
* Vocabulary Building with NiE
* Amazing English Race
* Open Your Eyes
* Qiamullail
* Jamaah Prayer
* Spiritual Capsule
* Iron Chef
* Motivational Talk

Date     : 27 February - 6 March 2011(7 Days program)
Venue  : Pusat Latihan KUIS, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi
Participants : SPM Leavers
Fees     : RM500.00 (all inclusive : hostel,f&b,courses,materials)



Please contact Us :
Sallehuddin : 012-6210859
Diana  : 017-2785538
Husni  : 019-6959600
Puziah : 0193354938

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6564.msg66040#msg66040

Hari Ini: Majlis Ceramah Maulidul Rasul oleh YB Ustaz Nasarudin Mat Isa

Assalamualaikum

di jemput seluruh warga PMC ke Majlis Maulidul Rasul peringkat Putra Mahkota seperti berikut

Tarikh : 16hb February 2011

Masa : 8.00 mlm


Tempat : Pusat Komuniti PAS Putra Mahkota (bersebelahan pejabat pos Bandar Seri Putra)

http://pekanawah.files.wordpress.com/2007/08/nash_122.jpg

Majlis Ceramah akan disampaikan oleh YB Ustaz Nasarudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS Pusat) selepas solat isya'

Muslimin /Muslimat / tuan / puan dijemput hadir

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=4857.msg66029#msg66029

JUALAN CARBOOT DI TIP

Salam,

Dimaklumkan bahawa kaum Ibu dari SKim Princeton Residences BSP telahpun memulakan Jualan Carboot yang dijalankan pada hari Ahad di kawasan kedai sebaris dengan Family Store, Taman Impian Putra.

Dikhabarkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, baik dari segi sumbangan barang yang hendak dijual mahupun dari segi jumlah jualan yang diterima.

Mohon puan-puan yang berminat untuk menyumbangkan barang atau menyertai aktiviti boleh singgah berjalan-jalan ke area Family Store pada hari Ahad. Nanti saya akan PM nombor kontek penyelarasnya.

Buat pengetahuan, sebahagian hasil Jualan Carboot ini telah didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP, dan sumbangan itu akan diteruskan setiap kali ada aktiviti jualan.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6534.msg65805#msg65805

Surau Al-Hijrah: Tazkirah 19 Feb 2011

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/182228_10150395182070176_329327610175_17323349_7127977_n.jpg


 
Assalamualaikum,
 
Insyallah majlis tazkirah sempena Maulidul Rasul akan diadakan selepas Maghrib pada 19 Febuari ini.
 
Pensyarah : Ust Ahmad Fahim Bin Hj Robani
                  : Pensyarah Bahagian Syariah MultiMedia University (MMU) , Melaka
 
Tajuk         : Rasullulah Dan Remaja
 
 
 
Wassalam

IDEAS announced as one of the best new think tanks in the world by an international survey

IDEAS ranked as one of the best new think tanks in the world by an international survey

 

IDEAS has been ranked as the 18th best new think tank globally by an international survey conducted by the University of Pennsylvania and United Nations University. IDEAS is also the second best new think tank in Asia according to the international survey. The survey examined 6,480 think tanks in 169 countries, and only 3 think tanks from Malaysia made it to the list, including IDEAS.

 

The global think tanks ranking is an index jointly developed by the University of Pennsylvania and the United Nations University. It was officially released on 18 January 2011, at the United Nations Headquarters in New York.

 

James McGann, director of the ranking research, says: "the primary objective of the rankings is to recognise some of the leading public policy think tanks in the world and highlight the important contributions these organisations are making to governments and civil societies around the world."

 

Commenting about this achievement, Datuk Seri Azman Ujang, a member of IDEAS Advisory Board, says: "We in IDEAS are humbled by this recognition while at the same time mindful of the challenging tasks ahead in helping to make a positive difference in nation building. On behalf of the Advisory Board, I would like to thank the IDEAS team under the dynamic leadership of CEO Wan Saiful Wan Jan for making it to international ranking within just a short one year of existence."

 

Wan Mohd Firdaus Fuaad, Founding Director of IDEAS, says: "We will be one year old on 8 February 2011 and we will celebrating it with an event at Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. This achievement is a brilliant culmination of one year of hard work to set up and establish IDEAS as an independent free market think tank in Malaysia. We will continue working hard to achieve even more. Our ambition for 2011 is to help the public understand the meaning of economic liberalisation, so that the New Economic Model and the Economic Transformation Programme mooted by Dato' Sri Najib can achieve their full potentials."

 

Inspired by the values of Tunku Abdul Rahman, IDEAS is Malaysia's first independent classical liberal think tank dedicated to promoting rule of law, limited government, free markets and individual liberty. IDEAS was officially launched on 8 February 2010, in an event attended by three generations of Almarhum Tunku's family members.

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet