
Klik gambar untuk pembesaran
Mengenang saudara-saudara kita di benua Afrika sana yang tidak cukup makanan, kurus kering sampai berbentuk rangka, tidak berumah sempurna dan menangis menderita…saya terus hilang selera. Hilang selera kerana nafsu makan saya pengsan dek melihat kesusahan mereka. Jantung berdebar tidak keruan dan air mata mula bergenang, lantas bercucuran. Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan sebegitu…
Tidak cukup setakat itu wahai kawan-kawan sekalian. Jika kita sedih, mereka yang terpaksa menanggung penderitaan itu, jauh lebih lagi sedih. Dengan penyakit yang menyerang, dengan tangisan dan raungan anak-anak, dengan kematian insan tersayang dan pelbagai lagi musibah. Kita mesti buat sesuatu yang bermakna buat mereka.
Doakanlah untuk kebaikan mereka agar dipermudahkan kehidupan mereka segera. Dan yang paling penting ialah mendoakan agar aqidah saudara-saudara kita di sana dikuatkan dan kekal mentauhidkan ALLAH. Agar mereka nanti mati dalam keadaan ISLAM. Dan mudah-mudahan ALLAH menggantikan Syurga buat mereka atas kesabaran yang menimpa mereka selama ini, amin…amin…
Buat sahabat-sahabat yang berhati mulia dan pemurah yang ingin menderma, di sini saya lampirkan salah satu pertubuhan yang boleh disalurkan bantuan dalam bentuk wang. InsyaALLAH, mudah2an bantuan sahabat-sahabat sekalian sampai kepada mereka.
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (mesti klik)
Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org.
Sila nyatakan program yang hendak didermakan pada resit yang difaxkan atau email. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami di 03 8948 6334.
Saya telah menghubungi wakil IRM sebentar tadi dan bertanya beberapa perkara asas tentang bagaimana saluran disampaikan. Menurut wakil IRM, semua bantuan kewangan yang disalurkan kepada IRM akan terus diberi kepada wakil2 mereka yang berkenaan. Kita penuh berharapan agar bantuan kewangan disalurkan oleh sahabat2 sekalian betul2 sampai dan memanfaatkan saudara2 kita yang memerlukan di sana, insyaALLAH.
Bagi pengguna Maybank2u.com, di sini saya tunjukkan cara yang lebih mudah bagaimana menggunakan Bill Payment. Ini kerana IRM adalah salah satu payee yang tersenarai di dalam senarai M2U. Sahabat2 sekalian boleh memilih dana yang sahabat2 sekalian salurkan itu utk apa? Kerana IRM terlibat dengan banyak usaha menyalurkan dana kepada orang2 susah di seluruh dunia.
Semoga amalan kebaikan yang sahabat2 sekalian lakukan kerana ALLAH, diberikan ganjaran yang banyak di akhirat nanti, amin…
ALLAHU A`LAM.
Semua penduduk yang dihormati,
Hebahan daripada PDRM untuk semua.
"Pohon kerjasama hebahkan makluman trend jenayah kawasan kajang dewasa ini, saspek dua lelaki India bersenjatakan parang/pisau akan mengetuk pintu rumah, memanjat pagar atau tembok rumah terus melakukan jenayah samada ragut rantai atau lain-lain jenayah. Waktu kejadian di siang hari semasa suri rumah sahaja berada di rumah. Kenderaan yang digunakan oleh penjenayah jenis Proton Saga lama warna perang. No. pendaftaran sering bertukar. Semua penduduk diseru supaya ambil perhatian dan ambil berat keadaan dan kejiranan sekeliling. Kalau ada perkara yang meragukan terus hubungi Polis supaya tindakan awalan dapat diambil terhadap gerakan penjenayah-penjenayah ini."
"Bersama-sama Membenteras Jenayah"
Wassalam dan selamat sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
JUMAAT 19 OGOS 2011 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1432
PELUANG PENINGKATAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN MELALUI ZIARAH PESAKIT DAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DI WAD-WAD TERPILIH DI HOSPITAL KUALA LUMPUR
Masyarakat Islam di negara ini sedang melalui fasa terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan kita sangat digalakkan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ibadah dan perbuatan baik, sebagai melambangkan harapan dan kesungguhan kita untuk memperolehi ganjaran optimum daripada Allah SWT.
Selain ibadah khusus yang dilakukan di sepuluh hari-hari terakhir bulan Ramadhan, Islam juga amat menitikberatkan sifat belas ihsan serta hubungan silaturrahim dan tolong-menolong di kalangan setiap anggota masyarakat di dalam bulan yang mulia ini. Secara khususnya, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah. Menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. Ini bagi memastikan hubungan silaturrahim terus terjalin dengan lebih erat. Kelebihan menizarah orang yang sedang sakit ini juga tercatat di dalam sebuah hadith, mafhumnya: Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." [HR At-Tirmizi]
Di atas kesedaran ini, pihak Islamic Outreach ABIM, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan dakwah, kebajikan dan pendidikan dengan kerjasama kumpulan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital akan melakukan ziarah dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Bersesuaian dengan ajaran Islam yang sangat menganjurkan sifat belas ihsan dan silaturahim sesama umat manusia, tujuan program ini diadakan adalah untuk menziarahi dan meraikan pesakit yang berada di wad-wad terpilih. Berikut adalah maklumat mengenai program berkenaan:
Tarikh : 24 Ogos 2011 / 24 Ramadan 1432H (Hari Rabu).
Masa : 9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari.
Wad : Wad Kelas 3 (Wad Kanser, Neorologi, Nefrologi, Ortopedik, (Spinal dan
Psikiatrik)
Tempat : Hospital Kuala Lumpur.
Bil. Pesakit : 500 Orang.
Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan juga pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Seramai 40 orang peserta akan terlibat dengan program yang melibatkan staf dan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital daripada Islamic Outreach ABIM.
Selain itu, sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, pihak Islamic Outreach ABIM juga mengalu-alukan penyertaan sukarelawan serta sumbangan daripada orang ramai terutamanya sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan serta masih menerima rawatan di hospital. Setiap sumbangan boleh disalurkan kepada Penyelaras Program Ziarah Pesakit Di Hospital, Saudara Mohd Zurharman Bin Zakaria dengan menghubungi talian 03-4256 9822 atau faks, 03-4257 4500 dan juga melalui e-mail, zurharman@hotmail.com.
Azril Mohd Amin
Pengerusi
Islamic Outreach ABIM
Warmest greetings.
I am pleased to inform that MMU is organizing another round of Info Day for our October Intake 2011.
We hope that through this event, we can provide assistance to potential students who are looking for a place to further their studies.
Through the MMU Info Day, we will show the options that are available to the students based on their results.
Our counsellors will be available to answer all their questions, including those on financial assistance and job and career prospects.
Students and parents may also enquire on accommodations, facilities, and subject listings.
SPM, STPM and Diploma holders are cordially invited to the MMU Info Day. Our Info Day will take place as follows:
Cyberjaya Campus:
Date: 20 August 2011 (Saturday)
Time: 9 am – 4 pm
Venue: CCU Seminar & Presentation Room, The Chancellery, MMU Cyberjaya
Melaka Campus:
Date: 21 August 2011 (Sunday)
Time: 9 am – 4 pm
Venue: Admission Office, MMU Melaka
We would like to get your kind assistance to pass the word around. Invite your family and friends, especially those with school-leaving children.
Please advise those who are coming to bring the following items along in order to complete their application to MMU:
Should you have any questions to ask on the event, please do no hesitate to contact the Admissions, Bursary and Local Promotions at 03-83125134/5461 (Cyberjaya) or 06-2523298/3442 (Melaka).
Thank you and Best Wishes
Admissions, Bursary and Local Promotions (ABLP)