Terkini

Berita BSP Hari Ini 26 Dec 2009

Beberapa berita terkini yang saya ingin kongsikan. Harap ianya bermanfaat.

Tahun Baru Wajah Baru

Posted by AFR Labels:

Blog ini sedang dikemaskini untuk diberi nafas baru sempena tahun baru 2010. Bagi semua pengunjung mungkin akan sedikit terkejut dengan perubahan layout blog ini. Blog ini akan bertukar ke url baru di http://www.bandarseriputra.info dalam sedikit masa lagi. Pengunjung ke url lama http://www.bandarseriputra.blogspot.com secara automatik akan dipandu ke url baru.

Sebarang bentuk berita dan info berkaitan BSP akan diteruskan seperti biasa.

Selamat berinfo.


AFR
admin.

==============================
==========

Sumbangan Anda Sangat Dialu-alukan!

Posted by laila kamilia Labels:
Wujudnya laman web bandarseriputra ini bertujuan untuk berkongsi maklumat komuniti untuk warga Seri Putra dan sekitarnya. Setakat ini kami mempunyai 3 orang moderator untuk laman web ini. Jika anda mempunyai sebarang info mengenai komuniti, sila emelkan kepada moderator untuk diwar-warkan di dalam laman web ini. Walau bagaimanapun, jika anda mahu menyampaikan apa jua pandangan/artikel untuk sebarang topik yang bermanfaat, yang anda mahu kongsikan bersama komuniti seri putra dan sekitarnya, anda boleh menghantar pandangan/artikel anda itu juga kepada moderator. Setiap pandangan/artikel yang disiarkan akan dituliskan sumber/penulisnya. Walau bagaimanapun, moderator berhak tidak menyiarkan pandangan/artikel yang anda tulis jika ianya dirasakan akan menggugat keharmonian komuniti.

Jika anda mahu menyiarkan iklan produk anda juga kami alu-alukan. InsyaAllah kami akan menyiarkannya tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Jadi tunggu apa lagi? Bukankah laman web ini dari anda untuk anda. Jangan sekadar menjadi pemerhati....marilah kita meriahkan laman web ini. Jika tidak rugilah tuan tanah beli web hosting istimewa untuk laman web ini.

Hantarkan pandangan/artikel mahupun iklan anda kepada:

Sumbangan anda kami nantikan!

=====================================

Surau Assyakirin BSP

Posted by azizailan Labels: Salam kepada semua Muslimin/Muslimat.

Pihak AJK Surau Assyakirin ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih pada Para Dermawan yang telah menghulurkan sumbangan baik dalam bentuk wang, barangan mahupun tenaga untuk menjayakan majlis-majlis Ilmu dan aktiviti-aktiviti surau.
Bagaimanapun untuk menampung segala pebelanjaan seperti bil elektrik, air, sumbangan untuk penceramah dan lain-lain lagi, Pihak AJK Surau amat mengharapkan sumbangan ikhlas dari tuan-puan. Tuan/puan boleh melayari laman web http://www.surausyakirin.org/ untuk perkembangan dan aktiviti terkini surau.
Tuan/puan juga boleh menghulurkan sumbangan kewangan dengan memasukkan terus ke Akaun Surau Maybank No.Akaun 562263008155. Semuga sumbangan tuan/puan nanti akan diberkati Allah swt, InsyAllah.
Sekian, terima kasih.
Wassalam
Pengerusi&AJK Surau Assyakirin,
Semestinya Bandar Seri Putra

====================================

SOLAT JUMAAT DI SURAU AS SYAKIRIN

http://www.surausyakirin.org/

Pihak surau sedang membuat permohonan untuk membolehkan solat Jumaat didirikan di surau ini.
Apa yang berlaku pada Jumaat 18hb dan 25hb dimana berlaku kesesakan di masjid KUIS dan Pekan Bangi, maka adalah amat sesuai satu lagi tempat untuk penduduk di Bandar Seri Putra boleh mendirikan solat Jumaat.
Kemudahan ini diadakan sehingga masjid di Bandar Seri Putra didirikan.

Ceramah Perdana, Surau Al-Hijrah, 26/12/2009, 7.30 malam

Pembetulan: Ceramah akan bermula selepas MAGHRIB dan bukannya selepas Isyak. Harap maklum.

Ceramah Perdana - Ustaz Redzuan Ahmad

Host:
Type:
Network:
Global
Date:
Saturday, December 26, 2009
Time:
7:30pm - 8:30pm
Location:
Surau Al-Hijrah

Description 

Ceramah Perdana Sempena Aidiladha dan Tahun Baru

Tempat: Surau Al-Hijrah
Penceramah: Ustaz Redzuan Ahmad (Penceramah dari Surau An-Nur)
Tarikh: 26 Disember 2009 (Sabtu, Lepas MAGHRIB)
Menu: Potluck

Semua dijemput hadir.

Tolong sebarkan kepada kenalan lain.

Bola Friendly Match @ Bandar Baru Bangi Fasa 1 (Ahad, 27-December, 5 Petang)

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Jai dah aturkan perlawanan persahabatan dengan team BANDAR BARU BANGI FASA 1 seperti di bawah:

Tarikh  :           27 December 2009
Hari     :           Ahad
Masa   :           5 Petang
Vanue  :           Padang ‘B’, UKM, Bangi.
Panjangkanlah email ini pada sahabat-sahabat kita yang lain yang tiada dalam mailing list ni. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...



Shah Rizal Shahdan
019-3512241
013-2133404

Futsal @ Futsal Nilai, Nilai (Jumaat, 25-December, 9 - 11.00 Malam)

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Aku  dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh  :           25 December 2009
Hari     :           Jumaat
Masa   :           9 malam – 11.00 malam
Vanue  :           Futsal Nilai, Nilai
Panjangkanlah email ini pada sahabat-sahabat kita yang lain yang tiada dalam mailing list ni. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...

Akhir kata, Salam Maal Hijrah untuk semua, Semoga tahun baru ini Allah murahkan rezeki dan diberkati oleh Nya.

Shah Rizal Shahdan
019-3512241
013-2133404

Jemputan untuk menyertai Pasukan Kompang KSPM

Dipetik daripada mailinglist Persatuan Penduduk BSP.
Bagi yang tak tahu apa maksud KSPM, KSPM ialah "Kelab Sukan Putra Mahkota".

As salam,

Kepada : Dato',Tuan-tuan Pengerusi Taman BSP dan Kekanda sekalian.

Adalah di maklumkan KSPM akan menubuhkan Pasukan Kompang KSPM. Oleh itu semua dijemput menyertainya.
Objektif pasukan ini adalah:
1. Melahirkan belia yang berwawasan dan beretika.
2. Berusaha membina dan membentuk generasi belia berkualiti tinggi,berdisiplin dan berahlak mulia.
3. Menggalakkan belia kota beroganisasi berperanan di dalam perjalanan aktiviti program dan membina minda kearah pembangunan bangsa dan negara.
4. Memelihara warisan bangsa melayu.

Masa latihan : 8:30mlm hingga 10:30 malam
Setiap hari : Rabu
Tempat latihan : Perkarangan Surau As-syakirin

Jurulatih disediakan
Had Umur : 7 Tahun keatas ( lelaki / perempuan )
Peralatan di sediakan
Jenis Pukulan : Kesenian Ezhar

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : En. Borhanuddin Mahwal 012 2932783

Harap tuan - tuan dapat panjangkan email ini kepada jiran - jiran kita,sanak saudara dan anak-anak.

Sekian, harap maklum.

Din KSPM
Acasia 17

KUIS - Ceramah 14/12 (Mejar Nazri) dan 16/2 (Haron Din)

Assalamualaikum semua...

Dalam minggu ini akan diadakan dua program ceramah di Masjid Al-Azhar;-

 1) Ceramah Aman Palestin
     Tarikh : 14/12/2009 (Isnin) - hari ini
     Masa : selepas Solat Mahgrib berjamaah
     Tajuk : "Al-Aqsa Dalam Bahaya"
     Penyampai : Mejar Nazri Musman
     Anjuran : Aman Palestin

 2) Ceramah Perdana (Sempena Sambutan Bulan Jihad Peringkat negeri Selangor)
   Tarikh : 16/12/2009 (Rabu)
   Masa : Selepas Solat Maghrib berjamaah
   Tajuk : "Jihad Dalam Konteks Menuntut Ilmu"
   Penyampai : Y.Bhg. Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Terima Kasih

Terus menyumbang untuk bina Masjid Al Mustaqim BSP

Jom terus menyumbang. Target masih jauh, tapi insya-Allah dengan sumbangan semua, kita boleh melakukannya.

Assalamu alaikum wr wb wm.

Datuk/Tuan/Encik/Saudara yang dimuliakan sekelian.

Alhamdulillah, dana terkumpul di Maybank Islamik sehingga 7 Dis 2009
adalah RM116,810.21. Harap kempen dikalangan penduduk RM50 seorang
sebulan diteruskan lagi.
Wassalam terima kasih.

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA.
MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
CIMB ISLAMIC 12370000608108.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Seminar JMB

Langkah yang baik untuk mantabkan JMB.


Seminar Pemahaman JMB Bantu Komuniti Urus Dan Selenggara Bangunan

Sabtu, 05 Disember 2009 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 5 Dis. -Bagi meningkatkan mutu  dan taraf kualiti  pengurusan dan penyenggaraan di kawasan pemajuan bertingkat, Kerajaan negeri melalui  Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) hari ini menganjurkan seminar Pemahaman Jawatankuasa  Pengurusan Bersama(JMB).
Exco Perumahan, Pengurusan  Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata program seperti ini perlu diadakan bagi membantu peserta mempelajari dan memantapkan lagi pemahaman  mengenai cara mengurus  dan menyenggarakan bangunan dengan lebih berkesan.
“Adalah menjadi matlamat kerajaan negeri supaya seminar seperti ini dapat disertai  oleh setiap ahli JMC dan penduduk agar pemahaman peranan,tugas dan tanggungjawab pengurusan dan penyenggaraan kawasan masing-masing menjadi lebih mudah dan efisyen,” katanya.
Iskandar berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pemahaman Jawatankuasa Pengurusan Bersama Peringkat Negeri Selangor di Hotel De Palma,Shah Alam, pagi tadi.
Hadir sama Pengarah Eksekutif HPLS,Alina Ahmad.
Seminar sehari ini dihadir lebih 300 peserta yang terdiri daripada ahli majlis, JMB dan penduduk kawasan pemajuan bertingkat seluruh Selangor.
Antara pengisian seminar termasuklah pemahaman mengenai  Akta Bangunan dan Harta Bersama(Pengurusan  dan Penyenggaraan 2007,Akta 663), asas-asas perakaunan, perkongsian pengalaman daripada JMB yang berjaya dan kaedah serta panduan  penting  mengenai pengurusan  dan penyenggaraan harta bersama.
Dalam majlis sama, Iskandar turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang program Anugerah Komuniti Terbaik Pemajuan Berstrata Negeri Selangor.
Katanya, anugerah yang mula diperkenalkan  Oktober lalu bertujuan untuk memberi galakan kepada semua JMB agar bergiat aktif  dan bersaing secara sihat dalam menjaga keharmonian dan kebersihan kawasan masing-masing.
“Program ini diadakan untuk membentuk  dan mewujudkan unit-unit  komuniti yang pro aktif  dengan mengekalkan keselesaan persekitaran perumahan dan kesejahteraan kaum,” katanya.
Katanya sebanyak 27 kawasan telah berjaya melepasi saringan akhir melibatkann  3 kategori  iaitu pangsapuri kos rendah, sederhana dan tinggi.

MAJLIS PERASMIAN BULAN JIHAD PERINGKAT NEGERI DI KUIS

IMG_2805


Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com> menulis:


Assalamu alaikum wr wb wm.


Tuan-tuan yang dimuliakan Allah,


Semua dijemput hadir bagi majlis di atas seperti berikut:
1. Tarikh : 17 Zulhijjah 1430 / 4 Disember 2009
2. Hari : Jumaat
3. Masa : Selepas solat Jumaat
4. Tempat : Dewan CSolat Utama Masjid Al-Azhar


Sila panjangkan kepada semua ahli skim masing-masing.


Wassalam terima kasih.


Ahmad Yusof 019-359 8489


JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet