Terkini

Program Pecutan Akhir SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t
Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar-pelajar SPM 2009

Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009

Tarikh / Hari : 18 hb. Oktober 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Budiman,Fakulti Pendidikan UKM

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran Peserta : 250 orang

Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5

Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat

Maklumat Lain : Makanan Disediakan

Yuran : Percuma

Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi. Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 -Sakinah Ahmad
Regards,
-Sakinah-
sakinah ahmad <nailofar_27@yahoo.com.sg>
Koordinator Pembangunan Modal Insan
Dun Bangi

Pemilik Pasar Mini Ilsya Meninggal Dunia


SALAM TAKZIAH

Salam kepada semua warga BSP hampir 2 minggu tak membuat posting di Blog Komuniti ini.

Hari ini post pertama selepas Aidil Fitri saya mulakan dengan berita sedih Pemergian Saudara Khalil (Pemilik Pasar Mini Ilsya, Bandar Seri Putra) bertemu PenciptaNya. Allahyarham telah meninggal dunia malam tadi (Isnin 28/09/09 Jam 9.15 mlm) di Pasar Mininya. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra hari ini 29/09/09 lebih kurang jam 10.30 pagi.

Mailah kita sama-sama mendoakan semuga Allahyarham di tempatkan di sisi golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, InsyAllah.

AL-FATIHAH

Perkhidmatan bas awam mulai operasi 25/09/2009

Alhamdulillah. Ini adalah suatu kemudahan untuk kita semua.

http://www.mahkota5.blogspot.com/

Friday, September 18, 2009

Berita baik..perkhidmatan bas awam mulai operasi 25/09/2009



assalamualaikum,

1. Dimaklumkan berita baik yang ditunggu-tunggu oleh semua warga putra-mahkota berkaitan kemudahan bas pengangkutan awam.Pagi ini, saya telah menghubungi talian 016-3340402 untuk mendapatkan kesahihan berita baik ini.Alhamdullilah, saya dapat bercakap dengan Sdr Abu Bakar daripada Syarikat Mawar Merah Logistik Sdn Bhd yang beribupejabat di Port Klang yang mengesahkan perkhidmatan bas awam akan mulai beroperasi mulai 25-09-2009. Katanya lagi, insya-allah 2 buah bas mini akan beroperasi di kawasan yang dipilih.Syarikat beliau telah pun memperolehi kelulusan daripada LPKP atas cadangan KTMB Berhad .Tambang perjalanan sehala = RM1.00.
2. Saya juga membuat permintaan kepada beliau agar route perjalanan disambung ke Stesen Komuter Bangi Lama bukannya setakat berhenti di Taman Impian Putra. Insya-allah, permintaan tersebut akan diusahakan oleh syarikat beliau.Diakhir kata, beliau memohon agar perkhidmatan bas mini ini di hebahkan seluas-luasnya kepada semua warga putra-mahkota.
Sama-sama kita hebahkan kemudahan awam ini bagi kebaikan semua.Alhamdullilah.

0 comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Image dari: http://pensolo.blogspot.com/2008/09/selamat-hari-raya.html


Saya bagi pihak JMB Seri Mawar ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN


kepada semua penduduk dan pemilik Unit Pangsapuri Seri Mawar.

KEJADIAN PECAH RUMAH DAN SAMUN TERKINI

Penduduk yang dihormati,

1. Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Saya ingin melapurkan dua lagi kejadian jenayah yang berlaku seperti berikut: -

1.1. Pada 16 Sep 2009 Di D’Sentral No. 21, Jalan Seri Putra 3/K. Mangsa keluar rumah lebeh kurang jam 6.15 petang dan balik ke rumah lebeh kurang jam 11.00 malam mendapati rumahnya telah dipecah masuk. Kehilangan sebuah Lap-Top dan wang tunai dianggarkan RM400.00. MO sama seperti yang berlaku pada 13 Sep 2009 di No. 46, Jalan Seri Putra 3/Q.

1.2. Pada 17 Sep 2009 Lebeh Kurang Jam 3.25 Pagi Di Stesyen Minyak Petronas, BSP. Suspek dua orang dengan menaiki sebuah motorsikal (nombor pendaftaran dan jenis motor tidak diketahui) memecah pintu cermin stesyen dan menyamun peti tunai yang mengandungi wang tunai lebeh kurang RM2,200.00. MO sama seperti yang pertama kali berlaku pada 24 Jul 2009.

2. Sekian, dimaklumkan untuk perhatian semua agar lebeh beringat, berhati-hati dan berjaga-jaga.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

KEJADIAN PECAH RUMAH 13 Sept 2009

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua penduduk yang dihormati.

1. Terlebih dahulu selamat meneruskan ibadat puasa dengan penuh ketaqwaan semuga segala amalan kita disepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak ini diterima Allah Subhanahuwatala hendakNya. Dikala kita sedang sibuk membuat persiapan menjelangnya bulan Syawal yang akan tiba tidak berapa hari lagi, kita juga jangan lupa dan leka dengan perancangan yang sentiasa diatur oleh penjenayah-penjenayah yang juga sedang sibuk membuat “persiapan” mereka untuk berhati raya.

2. Setelah sekian lama tiada kejadian pecah rumah di dalam Bandar Seri Putra dan yang terakhir ialah pada 26 Ogos 2009, kita telah dikejutkan semula dengan

kejadian terbaru seperti berikut: -

2.1. Pada 13 Sep 2009 di No. 46, Jalan Seri Putra 3/Q.

2.2. Mangsa meninggalkan rumah jam 4.00 petang dan semasa balik ke rumah jam 11.00 malam mendapati rumahnya telah dipecah

masuk melalui tingkap hadapan dengan memecah gril tingkap.

2.3. Kehilangan ialah sebuah Laptop dan wang tabung anak.

3. Semua penduduk yang akan meninggalkan rumah masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri di kampung halaman atau ke mana jua adalah diminta untuk memaklumkan kepada pihak Polis dengan memenuhi “BORANG BALIK KAMPUNG” yang disediakan di Balai Polis supaya dapat membantu pihak Polis untuk membuat rondaan dan pemantauan ke rumah-rumah yang ditinggalkan.

4. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf dipohon jua jika terdapat salah dan silap sepanjang pergaulan kita selama ini.

Wasalam.

Sekian.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Jom Qiamullail di Surau As Syakirin

Friday, 11 September 2009

Jom Qiamullail di Surau As Syakirin

Salam semua Muslimin/Muslimat warga BSP.

Surau As Syakirin menjemput tuan2/puan2 bersama BerQiamullail pada Malam 23 Ramadhan bersamaan 13hb.Sept.2009 (Hari Sabtu Malam Ahad) bertempat di Surau As Syakirin. Antara aktiviti yang akan dipimpin oleh Uztaz Kuzi adalah bertadarus beramai-ramai dan sembahyang2 sunat. InsyAllah Sahur akan disediakan. Jom ramai-ramai top-up Amal kita di 10 malam terakhir Ramadhan ini.

Salam Surau As Syakirin.
(hubungi 016-4460838 Tuan Haji Rani untuk keterangan lanjut)

Sekolah Agama BSP Dibuka 1 Oktober 2009

Semalam anak menyerahkan surat persetujuan untuk berpindah sekolah agama. Sekolah agama baru BSP akan mula beroperasi 1 Oktober 2009. Alhamdulillah.

Mohon Derma Surah Yaasin Untuk SK Bangi

Thursday, 10 September 2009

Mohon Derma Surah Yaasin Untuk SK Bangi

Sebagaimana lazimnya, setiap hari Jumaat di SK Bangi telah menjadi kebiasaan bacaan surah Yaasin dan tazkirah diselang-seli. Murid SK Bangi kini berjumlah 900 orang lebih.

Untuk masa ini, jumlah Surah Yaasin tidak mencukupi untuk murid-murid, gara-gara tersebut ada murid yang mengambil sikap berdiam diri.

Admin SK Bangi memberi peluang di bulan yang mulia ini kepada semua pembaca untuk menyedekahkan
Surah Yaasin untuk bacaan murid-murid di sekolah ini sebagai sumbangan amal jariah. Boleh diniatkan pahala bacaannya untuk arwah ibu dan bapa yang telah meninggal dunia.

Anda boleh membelinya dengan harga murah di Mydin atau mana-mana kedai berhampiran. Jumlah diperlukan sekitar 100 buah lagi.

Sumbangan anda semua amat dihargai dan bolehlah dihantar terus ke Sekolah Kebangsaan Bangi dan semuga ianya mendapat rahmat dari Allah SWT.

Wassalam

SK Bangi

Jom Derma Untuk Bina Masjid BSP

Jom derma untuk bina masjid BSP.


Assalamu laikum wr wb wm.

Datuk/Tuan-tuan Pengerusi Sekelian,

Saya ucapkan selamat berjuang dan bersabar mengerjakan ibadat puasa yang mana kita sudah berada dalam tahap kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana Allah S.W.T. menjanjikan pengampunan kepada hambaNya yang patuh.

Saya percaya sekarang semua pengerusi skim telah atau sedang menerima kad derma Masjid Al-Mustaqim dari Sdr Najib. Kerjasama dari semua pengerusi sangat-sangat dialukan bagi mengedar kepada penduduk di skim perumahan masing-masing. Oleh kerana jumlah kad ini terhad, saya menyerahkan ke atas kebijaksanaan pengerusi membuat agihan kad tersebut dengan berkesan.

Saya berharap setiap keluarga di Bandar Seri Putra ini dapat mengenepikan wang belanja sebanyak RM50 sebulan selama 20 bulan bagi tujuan mengumpul RM6 juta untuk membiayai kos bina masjid tersebut.

JOM BINA!!!

Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk

---------------------------------------------------------------------------

Assalamu alaikum wr wb wm. Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari raya idil fitri.

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM6 juta.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini. Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya 20 bulan. Dimana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000 keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama 20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke akaun
Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024.

Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

AJK Masjid Al-Mustaqim.

PASAR MALAM BANDAR SERI PUTRA HARI SABTU

PASAR MALAM BANDAR SERI PUTRA HARI SABTU

Salam semua warga Bandar Seri Putra.

Untuk makluman semua Pasar Malam Bandar Seri Putra (Hari Sabtu) Anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra akan BERCUTI selama SATU (1) BULAN bermula dari SABTU 05hb.Sept.2009 hingga SABTU 03hb.Okt.2009. Tiada aktiviti perniagaan akan berlangsung selama cuti tersebut manakala Pasar Ramadhan Bandar Seri Putra akan berjalan seperti biasa.

Sekian untuk makluman semua.

Azizuddin B. A.Zailan
Pengerusi AJK Penganjur Pasar Malam



Gambar Hiasan

BAYARAN ZAKAT FITRAH

Salam kepada semua warga Bandar Seri Putra. Alhamdulillah dah lebih 10 hari kita berpuasa .
Bagi menunaikan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, Muslimin&Muslimat Bandar Seri Putra bolehlah membayar Zakat Fitrah untuk tahun 1430H (2009) ini pada 2 amil yang telah dilantik oleh pihak Lembaga Zakat Selangor untuk Kariah Bandar Seri Putra iaitu :
  1. Tuan Haji Abdul Rani (Surau As Syakirin)-setiap waktu Solat Fardhu&selepas Sunat Tarawih No H/p: 016-4460838 dan
  2. En.Nik Hazmi (Surau Al-Hijrah Putra Tropika).
Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan di Negeri Selangor untuk tahun ini adalah RM7.00 seorang.

Wasallam

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet