Terkini

Kempen Membaca di Bangi

SK Bandar Seri Putra Telah Di Buka 29 Jun 2009

SK Bandar Seri Putra

Pandangan dari Dewan Besar

Warga Seri Mawar yang turut hadir

Blok pelajaran

Taklimat ibubapa: Mejar Qayyum, Pengerusi PIBG sedang berucap.

Ibubapa yang hadir gotong-royong

Lagi ibubapa yang hadir gotong-royong

Pandangan dalam kelas

Papan tanda rujukan

Inilah gambar SK Bandar Seri Putra. Sekolah anak-anak kita akan belajar sekarang dan nanti. Setelah beberapa kali tak jadi buka, akhirnya pada 29 Jun 2009 dibuka juga.

Dua hari sebelum 27 Jun 2009 pula ibubapa telah dijemput untuk turut hadir bergotong-royong. Tapi mungkin jemputan agak lewat, kurang yang hadir. Bagaimanapun ianya boleh dibanggakan juga.

Kenapa saya kata tidaak ramai. Hari ini masa sekolah dibuka lagilah ramai. Tak putus-putus ibubapa bersama anak-anak mereka hadir hari pertama sekolah. Ada yang dari Nilai, Rinching dan paling ramai Bangi. Sehinggakan satu kelas menempatkan 48 pelajar. Padat dan sesak.

Apa-apapun, saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah membantu menyediakan sekolah daripada pemaju, wakil ibubapa, cikgu, kementerian dsb.

Simen jatuh dari rumah atas dan sampah di tangga!!! Geram betul!!!

Kenderaan saya terkena simen. Telah kering.

Simen jatuh ini atas kereta saya, besar dan dah keras. Kalaulah dimaklum awal, boleh sahaja kenderaan dialihkan. Atau setidak-tidaknya, selepas simen kena kereta tolonglah bersihkan sebelum ianya kering. Geram betul!


Wiper pun kena.

Kena kereta lain juga.

Unit kediaman A-2-36 yang melakukan kerja tanpa kebenaran JMB dan tidak perihatin jiran-jiran lain terutama kereta dibawah.

Sampah berterabur di tangga.

Simen jatuh dari rumah A-2-36

Semalam geram betul saya. Dahlah ada sampah berterabur: busuk dan berulat, turun bawah tengok kereta kena simen. Itu yang saya geram dan marah. Kalau dah geram dan marah, kenalah tunjukkan yang kita geram dah marah. Nada suara tinggilah sikit. Takkan nak lunak merdu pula. Sebelum ini kita tak pernah kacau dia, lepas tu tanpa berfikir panjang dibuat kerja dan kacau kita, jadi tak salahlah kita marah kat dia.

Begini, bila nampak simen keras atas kereta saya, saya dongak ke atas dan memang tahu ada rumah sedang membuat ubahsuai tingkap. Jadi tidak ada unit lainlah, mesti unit yang sedang diubahsuai itu.

Maka, saya pergi minta penjelasan daripada orang di unit tersebut. Tetapi dia kata, bukan dia yang buat. Saya pun cakaplah (sambil marah) yang saya nak minta bos dia hubungi saya. Saya beredar.

Selang sejam kemudian, saya kembali ke unit tersebut sebab tak ada sebarang panggilan yang saya terima. Kali ini ada seorang lagi. Saya kata nak cakap dengan bos. Dia kata, dah balik. Saya minta dia telefon bos dia. Lepas saya cerita masalah saya (sambil marah) dia kata saya tak boleh marah, tapi kena bincang dan terus tutup telefon. Lagilah saya marah... apa orang awak yang menyusahkan orang, kita tak boleh marah. Cuba telefon semula dia tak angkat.

Tak mengapa. Pekerja dia (yang satu lagi, bukannya yang mula-mula saya jumpa tu) cakap dia boleh bersihkan. Saya bagi peluang dan memang dapat dibersihkan.

Terus saya memohon maaf sebab marah-marah sebab memang tadi tu memang marah. Serta saya minta dia minta maaf pada bos dia. Cuma saya merasakan bos (tuan rumah En Azmi) tu yang tidak rasional dan buat kerja tanpa fikir jiran lain.

Sampah di tangga.

Satu isu lagi, buang sampah di tangga. Saya rasa ianya dari rumah yang mempunyai ramai ahli keluarga. Ini kerana terdapat baki nasi yang sangat banyak (bekas periuk nasi besar) dan banyak sisa makanan. Lagi malang, ianya telah pun berulat. Kotor dan menjijikkan.

Maka, saya pun mengetuklah hampir semua rumah sebelah atas tangga tersebut. Malangnya tiada siapa pun yang mengaku. Kalau buat pun memang tak nak mengaku. Tak apalah, hanya nak memuaskan hati saya sahaja.

Akhirnya, saya kemas sendiri dan siram dengan air.

KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN WARGA SP WAJAR DICONTOHI

Dipetik dari blog Adun Bangi: http://drshafie.blogspot.com/2009/06/kerjasama-dan-keprihatinan-warga-sp.html

Friday, June 26, 2009

KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN WARGA SP WAJAR DICONTOHI




Lebih dari 500 orang warga Bandar Seri Putra terpanggil bagi menjayakan program gotong royong. Keprihatinan pemaju Bandar Seri Putra sendiri iaitu syarikat Bangi Heights Development Sdn. Bhd yang turut sama menghulur tenaga bahkan juga sumber kewangan wajar dicontohi oleh semua pemaju. Begitu juga kehadiran pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mencerminkan rasa tanggungjawab yang tinggi dikalangan mereka.

ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program gotong royong perdana itu. Setiap dari kita mengimpikan kediaman yang kondusif, aman dan sejahtera dan setiap dari kita mempunyai peranan masing-masing dan sifat bekerjasama adalah pelengkap kepada semua usaha yang dilakukan.

SP5 nak turut serta, skim lain bagaimana pula?

Setakat ini hanya SP5 yang menyatakan hasrat untuk turut serta dalam permohonan menubuhkan Rukun Tetangga. Kenapa pula kita nak ajak yang lain? Mungkin itu persoalan yang akan ditanyakan kepada saya.

Sebenarnya itu bukan kehendak kita, tetapi kehendak Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang saya temui. Beliau lebih senang datang sekali tetapi boleh berucap untuk skim-skim lain sekali. Dengan kata lain, dia hanya perlu datang sekali sahaja.

Saya telah cuba mengajak skim lain untuk turut serta melalui forum Putra-Mahkota, bagaimanapun tiada yang memberi respon. Mungkin tak berminat. Bagaimanapun kita kena teruskan. Insya-Allah esok saya akan menyusul untuk proses selanjutnya. Doakan saya berjaya.


"Kami tak ada meter 3/4 inci", kata Syabas

Hah? Betul ke? Tapi ini yang saya dimaklumkan oleh pegawai Syabas yang menalifon saya.

"Kenapa guna meter 3/4 inci?", tanyanya lagi.

Jawab saya, "Itu memang spec yang digunakan. Kita ikut je".

"Kalau 3/4 inci, kita tak ada stok lah. Kalau pakai yang biasa tak boleh ke?", tanyanya lagi.

"Kata pemaju, dia guna yang 3/4 inci sebab tingkat 4, tekanan airnya kurang", tambah saya.

"Tak delah, lagi bagus pakai yang biasa", tambahnya pula.

"Kalau macam itu, saya kena bincang dengan AJK lain dan akan maklum nanti", saya mengakhiri perbualan.


Mana lori sampahnya?

Sehingga pagi tadi, lori sampah yang dijanjikan oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) masih tidak kelihatan. Apa yang kita dimaklumkan bahawa akan ada lori bergerak ke skim-skim termasuk Mawar pada hadi gotong-royong (Ahad) ataupun keesokannya (Isnin). Tapi nampaknya tidak seperti yang dijanjikan.

Sehingga pagi tadi, banyak sampah terkumpul dalam kawasan Seri Mawar dan ini memberi implikasi buruk kepada persatuan yang menaja gotong-royong Seri Mawar. Bagaimanapun pengerusi telah sedia maklum dan diharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Harap janji tidak tinggal janji.


SK Bandar Seri Putra dibuka 29 Jun 2009


Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, SK Bandar Seri Putra akan mula beroperasi pada Isnin depan 29 Jun 2009. Manakala perjumpaan ibubapa dan gotong-royong akan diadakan pada hari Sabtu ini 27 Jun 2009, 8.30 pagi.

Walaupun agak gembira dengan pembukaan sekolah ini, kerisauan saya mengenai sekolah agama. Adakah sekolah agama Bandar Seri Putra juga di buka sama? Kalau tidak, adakah sesi sekolah saya dengan sesi sekolah SK Bangi? Kalau sama, maka tidak ada masalah untuk ke sekolah agama. Saya akan cuba dapatkan jawapannya esok.

Pakaian di pagar

Pagi tadi pihak JMB mendapati masih ada lagi penduduk yang menyidai pakaian di pagar berhampiran blok B. Sekali lagi ingin dimaklumkan bahawa dengan menyidai di pagar, jangka hayat pagar kita akan menjadi kurang. Dan kos untuk menggantikannya dengan yang baru ama tinggi. Harap semua penduduk faham.

Masalah tadi telah diselesaikan oleh pihak pengawal keselamatan.

Gambar Gotong-royong Perdana dan Skim Seri Mawar

Alhamdulillah semalam kita telah sama-sama menjayakan aktiviti Gotong-royong Perdana Bandar Seri Putra yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk (Induk) Bandar Seri Putra.

Wakil persatuan penduduk Seri Mawar telah sama-sama menjayakan acara senaman aerobic dan poco-poco serta majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Bangi Dr Shafie. Dianggarkan sekitar 400 orang hadir termasuk juga adik-adik kita daripada KUIS.




Seterusnya, wakil Seri Mawar telah kembali ke Seri Mawar untuk mengadakan gotong-royong kita sendiri di Skim Seri Mawar. Mulanya agak kurang mungkin kerana majlis persamian tadi habis agak lewat sekitar 9 pagi.

Dengan menggunakan 'heller' Wak Hassan telah berjaya menarik ramai lagi yang mungkin telah turun sebelum ini tetapi mendapati tiada orang dan juga mereka yang masih nyenyak dibuai mimpi untuk sama-sama bergotong royong.

Antara yang difokuskan adalah:
  • Longkang utama - didapati banyak batu dan pasir
  • Pokok besar - telah diperbincangkan dalam mesyuarat JMB untuk menebang kebanyakan pokok kerana dikhuatiri akarnya akan merosakkan struktur asas apabila semakin besar.
  • Pokok menjalar di pagar
  • Sampah dan lalang antara pagar dalam dan luar
  • Longkang luar dan juga tanah kosong selepas pagar





Dianggarkan seramai 70 orang warga Seri Mawar turut hadir termasuklah warga cilik dan kaum ibu. Didapati kaum ibu lebih ramai daripada kaun bapa. Terima kasih kepada kaum ibu Seri Mawar.

Koleksi gambar boleh dilihat disini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=86154&id=91019927486

Senarai Skim-skim di Bandar Seri Putra, Bangi

Senarai Skim-Skim di Bandar Seri Putra, Bangi.
19 skim keseluruhan. Tapi rasanya senarai ini bukannya yang terkini.

1. Rumah Kedai 3 & 4 Tingkat
2. Apartmen Vista Seri Putra
* (Kapt Ab Rahman bin Marjan - 012-618 1962)
3. D’Punchak Nusa (Townhouse)
* (Nurul Afzan bin Omar - 013-369 0461)
4. D’Punchak Putra
* (Nurul Afzan bin Omar - 013-369 0461)
5. D’Punchak Aman (Persatuan Belum ditubuhkan)
* (Wakil - Abdul Halem bin Mohd Salleh - 012-725 1814)
6. D’Punchak Unggul
* (Abdul Rani bin Othman - 017-424 5098)
7. Princeton Residences (Persatuan Belum ditubuhkan)
* (Wakil - Abdul Aziz bin Haron - 019-233 2330)
8. Rumah Kedai 1 Tingkat
9. Putra Terrace
* (Faisal bin Hj Ahmad Sabri - 019-950 5531)
10. D’Sentral Series
* (Dr. Hariffin bin Boosroh - 019-644 3432)
11. Pangsapuri Seri Melati
* (Azizuddin bin Ainuddin Zailan - 019-361 7166)
12. Pangsapuri Seri Mawar
* (Ramli bin Che Kob - 013-204 5651)
13. Pangsapuri Seri Dahlia
* Samsudin bin Md Dawi - 019-315 4535)
14. Acasia
* (Muhamad Azhan bin Mohamad Salleh - 012-204 9253)
15. Semi D’Putra
* (Zulbahari bin Mohd Ali - 019-279 0717)
16. Putra 96
* (Zulbahari bin Mohd Ali - 019-279 0717)
17. Putra Tropika
* (Kol Kamarudin bin Mustapha - 012-399 3942)
18. Putra Villa (Townhouse)
* (Osman bin Nabun - 016-251 3460)
19. Lot Banglo
* (Datuk Hj Mohd Saian bin Hj Ridzuan -019-320 0544)

Borang Wakaf Pembinaan Masjid Al Mustaqim


Terkini: Gotong-royong Perdana


Slide 1

Semua dijemput ke program pusat untuk senam robik dan perasmian.
Kemudian kembali ke Seri Mawar untuk gotong-royong skim Seri Mawar

Slide 1
Semua dijemput hadir. Sila bawa alatan yang bersesuaian untuk gotong-royong

Slide 1
Tentatif Program
Program Pusat
7.00 pagi – Pendaftaran dan Senam Robik
8.00 pagi – Bacaan Doa
8.05 pagi – Ucapan Pengerusi Gotong-royong
8.10 pagi – Perasmian
8.20 pagi – Sarapam
8.30 pagi – Taklimat kerja
8.40 pagi – Pecah 2 kumpulan – Kedai Pusat 1 & 2
10.30 pagi – Habis kerja
11.00 pagi – Majlis selesai

Program Skim Pangsapuri Seri Mawar
8.20 pagi – Sarapan dan Kembali ke Seri Mawar
8.30 pagi – Taklimat kerja
8.40 pagi – Gotong-royong bermula
10.30 pagi – Habis kerja dan jamuan.
11.00 pagi – Majlis selesai


Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Petang tadi, Google Reader saya menangkap satu maklumat terbaru aktiviti sekitar BSP yang mungkin ramai yang berminat. Maka saya letakkan di sini untuk tatapan dan mana yang berminat boleh mula mendaftar. Semoga perancangan ini berjaya dan dapat kekal untuk tempoh yang panjang. Insya-Allah saya akan jadi ahli. Anda bagaimana pula?

Tarikh penting:
  • Hantar borang pendaftaran sebelum 1 Julai 2009
  • Mesyuarat Agung Penubuhan Ahad 5 Julai 2009, 2.30 petang
  • Borangnya di SINI

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)

Salam semua warga Bandar Seri Putra, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) telah memohon untuk menubuhkan koperasi di Bandar Seri Putra. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan PPBSP padasurat yang bertarih 27hb April 2009. Koperasi ini dinamakan sebagai Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Tujuan utama KOJIRA ditubuhkan adalah untuk mengadakan aktiviti kejiranan yang bercorak ekonomi di Bandar Seri Putra dengan pengurusan penduduk Bandar Seri Putra. Ahli merupakan pengguna akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOJIRA. Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, tiga aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah Pasar Mini, Kawalan Keselamatan dan Pusat Tuisyen.

Untuk merealisasikan penubuhan KOJIRA, kita periu mendapat dan mendaftarkan ahli untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) sebelum 27hb Julai 2009. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan memutuskan bahawa mesyuarat agung tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 5 Julai 2009 jam 2:30 petang di Kolej Universiti lslam Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi. Bayaran ahli yang dicadangkan adalah sebanyak RM20.00 dan harga seunit syer yang dicadangkan adalah RM100.00.

Oleh itu, sekiranya anda adalah rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan merupakan ahli penduduk Bandar Seri Putra, anda layak mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Berhad. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan dan hantarkan samada kepada AJK penaja yang disenaraikan sebelum 1 Julai 2009. Marilah kita bersama menjayakan Koperasi Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Dr. Hj. Ahmad Roslan Bin Johari.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad(KOJIRA)

Ikhtibar kepada JMB: Bapa saman KLCC

Ini sebagai ikhtibar buat JMB agar tidak membuat kerja sambil lewa.

Bapa saman KLCC
11/06/2009 11:08am


KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang bapa menyaman syarikat penyelenggaraan Taman KLCC bagi menuntut ganti rugi lebih RM5 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak lelakinya akibat terkena renjatan elektrik pada awal pagi 1 Januari lalu.

Abdul Basek Md. Isa selaku plantif menamakan KLCC Urusharta Sdn. Bhd., sebagai defendan.

Dalam kejadian pada malam sambutan tahun baru itu, Muhammad Failzul Abdul Basek, 17, meninggal dunia akibat renjatan elektrik setelah bersandar di tiang lampu taman tersebut.

Plantif memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini kira-kira pukul 10 pagi. - Utusan

Senarai Aktiviti PPPSM 2009-2010

Mesyuarat Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPPSM) semalam telah meluluskan senarai aktiviti berikut untuk dilaksanakan sepanjang sesi 2009-2010.

  1. Majlis Solat Hajat (untuk UPSR) dan Berbuka Puasa, 29 Ogos 2009
  2. Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Ikan Bakar, 3 Oktober 2009
  3. Majlis Khatam Al-Quran dan Berkhatan, 12 Disember 2009
  4. Treasure Hunt dan Hari Keluarga, Februari 2010
  5. Lawatan ke Terengganu, Mac 2010
Ketetapan lain:
  1. Anugerah Anak Cemerlang (UPSR, PMR, SPM, dan kemasukan IPTA)
  2. Ceramah Israk & Mikraj (Bersama Surau Dahlia)
  3. Kelas Tajwid (Sabtu/Ahad, Sebulan 2 kali minggu pertama dan ketiga)
  4. Senam Robik dan Poco-poco (Semasa Carboot Sale)
  5. Kelas Memasak (Akan dimaklumkan)
  6. Mengutip kutipan tambahan untuk aktiviti persatuan secara bulanan
  7. Memohon sumbangan untuk melengkapkan peralatan kenduri persatuan
  8. Membuat lawatan muhibbah kepada penduduk baru berpindah dsb.
  9. Penubuhan Rukun Tetangga

Ke Arah Penubuhan Rukun Tetangga

Alhamdulillah, semalam semasa mesyuarat PPPSM saya telah membuat pembentangan berkenaan penubuhan Rukun Tetangga (RT) Seri Mawar dan cadangan tersebut telah dipersetujui oleh mesyuarat. Insya-Allah kalau tiada kekangan kita akan panggil untuk taklimat RT dan seterusnya mewujudkan jawatankuasa penaja RT Seri Mawar.


Di sini saya kepilkan pembentangan analisis saya buat berkenaan RT dan impak kepada pangsapuri kita.

Pembentangan Penubuhan RT Seri Mawar

Gotong-Royong Perdana 21 Jun 2009

Bagi pihak PPPSM saya ingin menjemput semua untuk turun bergotong-royong pada tarikh dan masa yang telah kita maklumkan sebelum ini. Bagaimanapun, untuk penduduk Seri Mawar tak perlu hadir taklimat utama. Cuma perlu hadir di Pos Pengawal tepat jam 8 pagi. Di situ, penduduk perlu menunggu wakil PPPSM yang pergi taklimat induk untuk kembali semula ke sini. Kemudian, sedikit taklimat akan diberika sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan. Harap ramai yang turun.

Tajuk: Gotong-Royong Perdana
Tarikh: 21 Jun 2009
Masa: 8.00 - 11.30 pagi
Tempat: Sekitar Mawar (Kumpul di Pos Pengawal)
Nota: Sila bawa alatan sendiri yang boleh digunakan.

Seri Mawar Sekarang di Facebook

Untuk makluman semua, saya telah menyediakan laman Seri Mawar di Facebook untuk sama-sama kita berkongsi maklumat dan informasi. Boleh pergi ke sini.

Pangsapuri Seri Mawar, Bangi's Facebook Page
Pangsapuri Seri Mawar, Bangi's Facebook Page
Promote Your Page Too

Naik Taraf Pondok Sampah

Pondok Sampah di Seri Mawar: Terbuka dan Nampak Bersepah

Pondok Sampah di Cyberjaya: Lebih Kemas dan Tertutup

Pondok sampah di tempat kita telah lama saya perhatikan. Ianya amat terbuka dan jika pada suatu masa terdapat terlalu banyak sampah, maka akan nampak bersepah dan tidak mesra mata. Baru-baru ini saya sempat melihat keadaan rumah sampah di Cyberjaya. Nampak lebih kemas dengan adanya pintu sebelah bawah. Insya-Allah, kalau mendapat kelulusan rumah sampah kita juga akan dinaik taraf seperti itu. Harap selepas ini nampak lebih bersih rumah sampah kita.


Gambar Kenduri Kahwin Anak En. Rahim

Alhamdulillah telah selesai kenduri kahwin anak kepada En. Rahim. Terima kasih kepada semua yang telah hadir sama ada dengan bantuan tenaga, masa, atau pun wang ringgit.

Saya kepilkan beberapa gambar yang sempat saya ambil daripada malam sebelum kenduri sehingga petang kenduri. Bagaimanapun tidak semua gambar saya lekatkan di album gambar kerana kapasiti online album yang terhad. Bagi yang berminat mendapatkan softcopy, bolehlah menghubungi saya.





Nak Tubuh Rukun Tetangga: Apa Pendapat Anda?

Bagi pihak PPPSM (Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar) saya ingin mencadangkan akan ditubuhkan skim RUKUN TETANGGA (RT) di kawasan kita. Saya nampak ianya banyak kebaikannya dari segi kemasyarakatan, keselamatan, aktiviti dan kewangan.

Bagaimanapun ada juga kekangan yang saya nampak antaranya komitmen penduduk, banyak dokumentasi dsb. Apa pandangan anda?

Dikepilkan sedikit maklumat berkaitan RT:

Rukun Tetangga

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN RUKUN TETANGGA

PERATURAN-PERATURAN PERLU (RUKUN TETANGGA)

Contoh RT Aktif

Jualan Carboot 7 Jun Ditangguhkan

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, jualan Carboot@SeriMawar ditangguhkan ke bulan seterusnya (5 Julai 2009).

Harap maklum.

Gotong-Royong Perdana, 21 Jun 2009

Warga Mawar dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan gotong-royong yang akan diadakan pada 21 Jun ini. Harap ramai yang dapat turut serta.

Tuan/Puan,

Satu program untuk mengadakan gotong royong di kawasan-kawasan di dalam Bandar Seri Putra anjuran Persatuan Penduduk BSP akan diadakan tidak lama lagi dengan objektif untuk:

1. Merapatkan silaturrahim diantara penduduk-penduduk Bandar Seri Putra.
2. Memberi peluang kepada penduduk-penduduk bekerjasama dengan lebih optimum.
3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan-kawasan di Bandar Seri Putra agar lebih selesa dan selamat untuk semua.

Kumpulan Sasaran adalah semua penduduk yang tinggal di skim-skim perumahan di BSP, pelajar-pelajar dari KUIS dan Empire College, peniaga-peniaga di kawasan Bandar Seri Putra, dan agensi-agensi yang berkaitan.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Program : Gotong-Royong Perdana Bandar Seri Putra 2009
Tarikh : 21 Jun 2009 (Hari Ahad)
Masa : 7:00 - 11:00 pagi
Tempat : Berhadapan Sales Gallery Bangi Heights (Lokasi Pasar Malam)
Perasmian


Aturcara Tentatif
7.00 am - Berkumpul di Tempat Perasmian
- Pendaftaran dan Senam Robik
8.00 am - Bacaan Doa
8.05 am - Ucapan Pengerusi Gotong-royong
8.10 am - Perasmian
8.20 am - Sarapan
8.30 am - Taklimat kerja
8.40 am - Pecah 2 kumpulan – Kedai Pusat 1 (persekitaran kedai 3-tingkat)
– Kedai Pusat 2 (persekitaran kedai setingkat )
10.30 am - Habis kerja, makan dan minuman di dua tempat.
11.00 am - Majlis selesai.

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan penduduk Bandar Seri Putra bagi tahun 2009 dan adalah diharapkan dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari para penduduk, peniaga dan agensi-agensi berkaitan.

Makluman dari Jawatankuasa Gotong-Royong Perdana BSP 2009
Azizul Jabbar

Buletin D'Mawar Siri 3 Jun 2009


Versi PDF dan doc

Kemaskini Maklumat akaun dan Migrasi Meter Individu Syabas

Salam.
Kemaskini Maklumat Akaun
Untuk makluman semua, pihak JMB dalah rangka kerja untuk menaik taraf sistem akaun daripada sistem manual kepada sistem automatik.
Oleh diharap semua pemilik unit dapat memeriksa akaun masing-masing sebelum 15 Jun 2009. Sebarang perbezaan atau masalah perlu dilaporkan kepada pihak kami.
Selepas 15 Jun 2009, akaun anda adalah dianggap betul dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
Meter air Individu
Manakala bagi migrasi meter air individu, pihak kami telah pun menyerahkan sejumlah 218 permohonan yang telah lengkap kepada Syabas Hulu Langat. Sebarang tindakan lanjut adalah ditangan pihak Syabas sekarang.
Bagaimanapun, pihak Syabas menganggarkan proses ini akan mengambil masa kurang sebulan jika tiada sebarang masalah dengan borang permohonan kita.
Harap semua penduduk dapat bersabar. Juga dalam masa proses ini, kami masih menerima permohonan unit yang belum melengkapkan proses ini. Sila kemukakan borang Syabas, salinan IC, salinan S&P, wang pemasangan dan deposit Syabas secepat mungkin. Harap tiada unit yang akan dipotong sumber air ke unit masing-masing.

Sumbangan jariah pembinaan masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra

Salam, masjid di kawasan kita telah diluluskan dan sumbangan daripada semua amat dialu-alukan.

Sumbangan jariah pembinaan masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra

Assalamualaikum wr wb wm.


Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Bina Masjid Bandar Seri Putra telahpun mendapat kelulusan mengutip sumbangan dari orang ramai bagi pembinaan sebuah masjid di Bandar Seri Putra.


Sesiapa yang berhajat untuk membuat amal jariah, bolehlah mendapatkan kupon berharga RM10, RM50 dan RM100 dari pegawai-pegawai yang dilantik atau terus menyumbangkan dengan bankin ke akaun Maybank Islamic no. 562834-504024.

Tuan/puan boleh berhubung dengan Tuan Haji Mazlan Ismail 019-621 0497 atau En Ahmad Nizam 019-246 2115 untuk keterangan lanjut.


Rujukan: RUJ/JAIS(40) dlm JAISEL BPM/01/43/HULU LANGAT JLD 1.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk
019-359 8489

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet