Terkini

Artikel Utusan berkenaan JMB

Artikel dalam Utusan untuk JMB ambil perhatian.

ARKIB : 29/04/2009

JMB umpama tidak wujud


YEW Teong Look (dua dari kiri) dibawa oleh penduduk melihat sebahagian motosikal rosak yang ditinggalkan di sub stesen TNB Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak selepas majlis dialog baru-baru ini. -UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


KUALA LUMPUR 28 April - Masalah prasarana yang tidak sempurna di perumahan bertingkat bukanlah isu baru yang hendak diuar-uarkan.

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut oleh pihak-pihak berkenaan, namun ia jarang sekali dapat diselesaikan.

Ini kerana, penduduk, pemaju mahupun pihak pengurusan bangunan atau Badan Pengurusan Bersama (JMB) sering menuding jari antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab.

Pokok masalah yang sering menghantui mereka ialah faktor kewangan menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan.

Dan, apabila kerajaan mengarahkan JMB ditubuhkan di setiap perumahan bertingkat, masalah berkenaan dilihat akan dapat diselesaikan tetapi harapan itu hanya tinggal harapan, malah masalah lain pula timbul.

Tetapi, apa yang berlaku kepada 288 unit rumah di Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak amat memeranjatkan apabila apartmen yang diduduki mereka tidak mempunyai JMB.

Ini kerana, JMB yang dilantik pada bulan Ogos tahun lalu terpaksa dibubarkan memandangkan hanya dua orang ahli sahaja yang wujud di dalam organisasi berkenaan daripada sembilan orang yang dilantik.

Menurut penduduk, masalah tersebut timbul apabila lima orang daripada mereka menarik diri daripada menjadi komuniti pengurusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan dua orang ahli jawatankuasa yang didakwa turut tidak membayar yuran penyenggaraan apartmen berkenaan.

Seorang wakil penduduk yang ditemui, Stanley Tay, 57, mengakui bahawa masalah apartmen berkenaan berlarutan semenjak JMB yang ada enggan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi melantik ahli jawatankuasa baru.

Ujarnya, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menghantar notis arahan kepada JMB agar mengadakan EGM namun mereka tetap berdegil.

"DBKL telah menghantar notis arahan mengadakan EGM berkenaan pada 19 Mac lalu namun mereka masih enggan mengadakan EGM.

"Sekiranya mereka enggan mengadakan EGM berkenaan sebelum tarikh yang ditetapkan, DBKL akan melantik sendiri JMB baru untuk apartmen berkenaan dan JMB lama akan terbatal secara terus," katanya pada majlis dialog bersama penduduk di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dan wakil DBKL.

Pada majlis dialog tersebut, pelbagai masalah berkaitan prasarana diadukan oleh penduduk selain kekecewaan terhadap JMB tersebut.

Seorang penduduk yang ditemui, Ahmad Zaki Mohamad Yusuf, 41, berkata masalah utama di apartmen tersebut adalah sistem saluran air yang tidak disenggara dengan baik sama ada di bumbung mahupun sink.

Ini kerana, sejak dia menetap di apartmen berkenaan 11 tahun yang lalu, masalah tersebut tidak pernah selesai.

"Masalah air dalam saluran di bumbung dan sink tersumbat sering menghantui penghuni di sini terutama apabila hujan lebat.

"Apabila saluran air tersebut bocor, banyak barang rumah saya yang rosak teruk dan lebih memburukkan keadaan rumah dipenuhi sampah-sarap dan pasir yang keluar dari saluran air berkenaan.

"Selain itu, kami juga terpaksa menghadapi masalah serangan anai-anai sehinggakan banyak perabot kayu rosak," jelasnya.

Seorang lagi penduduk, Sherina Mohd. Sadid, 37, memberitahu masalah lif yang daif turut membimbangkan penghuni.

Ini kerana, jelasnya keadaan dinding dan lantai lif tersebut yang hampir runtuh tidak dibaiki walaupun telah diadukan beberapa kali.

"Memang mengerikan apabila melihat keadaan lif berkenaan apatah lagi ia juga sering digunakan oleh kanak-kanak secara berseorangan memandangkan lantai dan dinding tersebut hanya menunggu masa untuk runtuh," ujarnya.

Seorang warga emas, Soo Soo Bee, 64, melahirkan rasa kecewa apabila kebanyakan kemudahan tidak disenggara dengan baik.

"Apabila hendak keluar pada waktu pagi, saya sering menghadapi masalah kerana kebanyakan pemilik motosikal meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang kenderaan untuk keluar dan masuk.

"Selain itu, masalah paip bomba yang tidak berfungsi juga membimbangkan kami sekiranya berlaku kebakaran," katanya.

Jimat Belanja dan Barang Dapur

Sumber: Tip Dapur, Majalah Jelita April 2009

Zakiah, 35, seorang suri rumah tangga sepenuh masa, Setiap bulan, dia diberi sejumlah wang untuk membeli keperluan dapur seperti beras, gula. Minyak, ikan dan lain-lain. Cukup atau tidak, suaminya tidak pernah ambil tahu. Jadi, dia harus bijak menguruskan perbelanjaannya. Tetapi sejak setahun kebelakangan ini, dia pening memikirkan kenaikan harga barang termasuk keperluan asas. Apalagi sekarang dunia dilanda krisis kemerosotan ekonomi. Harga barang semakin melambung tinggi dan pendapatan tidak meningkat. Tentu saja kita dituntut agar bijak berbelanja. Sebagai suri rumah tangga, anda bertanggungjawab membantu meringankan beban suami dengan berjimat-cermat. Panduan ini mungkin boleh membantu anda.

1. Gunakan periuk tekanan, kerana memasak menggunakan periuk ini terbukti menjimatkan bahan bakar, sekali gus menjimatkan waktu memasak.
2. Masak nasi secukupnya untuk makan sehari kerana apabila masak berlebihan bermaksud menggunakan lebih banyak tenaga elektrik atau bahan bakar. Masakan berkuah pertimbangkan jumlah kuahnya, jangan membazir bahan bakar.
3. Jangan masak lauk berlebihan, kerana selain membazir jika tidak habis turut membazirkan keperluan lain seperti bawang, minyak dan lain-lain.
4. Jangan buang air bekas cucian beras, sayur dan bahan makanan, kerana boleh digunakan untuk menyiram tanaman.
5. Gunakan tuala atau kain, menggantikan tisu untuk menyapu kotoran seperti minyak, air, kicap dan lain-lain.
6. Masak secara berperingkat supaya perkakas dapur boleh digunakan tanpa perlu dicuci. Misalnya, goreng tauhu dahulu kemudian gunakan kuali dan minyak yang sama untuk menumis sayur. Cara ini juga dapat menjimatkan penggunaan air.
7. Belanja dapur tidak perlu dilakukan setiap hari untuk menjimatkan masa dan wang perjalanan. Manfaatkan peti sejuk sebaik mungkin untuk penyimpanan makanan, sekurang-kurangnya untuk keperluan tiga hingga lima hari. Elakkan peti sejuk anda kosong, agar tenaga elektrik tidak dibazirkan begitu sahaja.
8. Sebelum keluar berbelanja barang keperluan dapur, senaraikan barang yang perlu dibeli. Ingat, beli barang yang perlu sahaja dan berbelanja mengikut senarai itu.
9. Agar anda dapat menjimatkan waktu dan berbelanja secara berkesan, asingkan senarai keperluan mengikut jenis. Misalnya, sayuran, rempah, susu, ubat-ubatan dan lain-lain.
10. Boleh cuba menyusun menu masakan untuk seminggu supaya anda dapat mengawal wang yang dikeluarkan untuk membeli barang makanan.
11. Berbelanjalah dengan tenang. Hindari berbelanja pada waktu sibuk atau tidak cukup masa kerana kemungkinan anda terbeli barang yang tidak diperlukan dan ini membazir.
12. Makanan berlebihan boleh dijadikan masakan lain seperti lebihan ikan goreng boleh dibuat sambal tumis, masak kicap dan lain-lain.

Fogging: Ada perubahan nampaknya

Merujuk pada laporan JMB sebelum ini : http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/04/isu-fogging-atau-semburan-nyamuk.html

Tak pasti sama ada ini implikasi kepada laporan kita atau tidak. Tetapi nampaknya pihak berkenaan telah memberi makluman awal sebelum membuat semburan (45 minit awal). Kita bersyukurlah kerana ini memberikan kita lebih masa untuk membuat persediaan (tutup makanan, uruskan anak dsb) sebelum keluar daripada rumah.

Maka diharap, ianya akan kekal pada masa akan datang supaya penduduk mempunyai masa untuk bersedia untuk keluar daripada rumah bagi sebarang semburan nyamuk.

p/s: Dimaklumkan ada kes denggi di Blok B dan juga di Dahlia.

Mesyuarat Agung SRA Bangi Lama 2009

Saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung SRA Bangi Lama Ahad lepas. Alhmadulillah mensyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat banyak reaksi daripada ahli mesyuarat. Tiada perlantikan AJK baru kerana tempoh penjawatannya adalah selama 2 tahun bermula tahun lepas hingga tahun depan (2010). Mesyuarat dirasmikan oleh ADUN Bangi, YB Dr. Shafie. YB juga telah menyumbangkan sebiji komputer kepada sekolah kerana komputer sekolah telah dicuri baru-baru ini. YB juga melancarkan Tabung Pembinaan Tempat Menunggu Bas yang dianggarkan mencecah RM12 ribu. Jumlah kutipan yang dikumpul pada hari tersebut adalah dalam anggaran RM600 dan YB akan menyumbangkan separuh daripada jumlah keperluan. Maka masih berbaki dalam RM5 ribu untuk dikutip. Sesiapa yang berminat untuk menderma, bolehlah menyumbangkan kepada SRA Bangi Lama.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut:

  1. Masalah lalu-lintas keluar masuk ke SRA Bangi Lama. Kemungkinan bonggol akan dibuat bagi memudahkan kanak-kanak melintas dan kenderaan keluar atau masuk.
  2. Jalan berlobang. Ianya diturap menggunakan wang PIBG dan lopak sedia ada telah ditutup.
  3. Projek Pembinaan Tempat Menunggu Bas. Masih banyak wang sumbangan diperlukan.
  4. Pelajar pindah ke SRA BSP. Masih menunggu arahan. Berkemungkinan separuh pelajar akan berpindah.
  5. Masalah kantin: duit bayar, makanan tak dapat. Dicadangan meninggikan tempat pelajar beli makanan dan mengarah pelajar beratur.
  6. Yuran RM50. Dikekalkan dan juga masih dikekalkan mana-mana keluarga mempunyai anak lebih daripada tiga orang perlu membayar untuk dua pelajar sahaja (RM100).
  7. Adakan website dan email.
  8. Baiki tandas. Sedang dijalankan dan diteruskan.
  9. Keselamatan. Sekolah tidak mampu mengadakan pengawal keselamatan sepenuh masa. Maka masih perlu mengharap daripada cleaner cum pengawal keselamatan.
  10. Prestasi pelajar. Perlu ditingkatkan.

LAPORAN KECURIAN KERETA DI PUTRA VILLA (TOWN HOUSE) PADA 22 APR 2009

LAPORAN KECURIAN KERETA DI PUTRA VILLA (TOWN HOUSE) PADA 22 APR 2009

Penduduk yang dihormati,

Sebuah kereta jenis TOYOTA HILUX bernombor daftar WHS 5049 (dilaporkan baru satu bulan dibeli – menggunakan plat nombor lama) telah didapati hilang pada pagi, 22 Apr 2009. Kereta tersebut yang diletakkan di luar hadapan rumah No. 22 Jalan Seri Putra 7/4 didapati tiada disebelah pagi semasa hendak keluar ke tempat kerja. Kehilangan mungkin berlaku diantara jam 1.00 hingga jam 6.00 pagi. Barang-barang yang hilang bersama yang ditinggalkan di dalam kereta tersebut ialah sebuah Lap-Top dan dokumen-dokumen penting kepunyaan syarikat.


Seperti yang semua sedia maklum, kehilangan kereta dan motorsikal berluasa berlaku di mana-mana jua tidak kira tempat dan masa. Semua adalah diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga apabila hendak meletak atau meninggalkan kereta dengan menentukan kereta dikunci serta dikunci dengan kunci tambahan. Seperkara lagi yang sering diperingatkan supaya tidak meninggalkan barang-barang penting dan berharga di dalam kereta kerana selain daripada kereta dicuri ianya juga akan menjadi minat dan keinginan kepada penjenayah memecah cermin kereta untuk mencuri barang-barang yang terdapat di dalamnya.


Sila hebahkan kepada semua saudara-saudara, rakan-rakan, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan jiran-jiran agar kejadian sebegini dapat dikongsi bersama untuk sentiasa beringat diantara satu sama lain dan mengawasi kawasan kediaman masing-masing daripada kehadiran penjenayah-penjenayah yang tidak diduga. Sebarang perkara yang nampak dicurigai, ditakuti atau diwas-was hendaklah segera dilaporkan kepada pihak Polis ditalian 03-8925 8222 untuk diambil tindakan segera sebagai tindakan menghalang dan mencegah jenayah.

Sekian.

Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif Keselamatan

nsizan@umland.com.my

Bangi Heights Development Sdn Bhd

Houser Rules @ Kaedah Dalaman

Ini pautan untuk mendapatkan salinan House Rules atau Kaedah Dalaman.

Kaedah Dalaman ini lahir selepas melalui beberapa proses berikut:

  1. Penyediaan deraf Setiausaha
  2. Dibincangkan dalam mesyuarat JMB
  3. Dibuka untuk maklum-balas penduduk (di letakkan di Papan Tanda, Pos Pengawal dan Pejabat JMB)
  4. Dibincang semula dalam mesyuarat JMB.
  5. Dikemaskini pada 26 Mac 2009
Kaedah dalaman ini adalah dokumen hidup yang akan ditambah baik dari masa ke semasa. Sebarang penambah-baikan boleh disalurkan dengan menulis surat atau mengisi borang laporan yang boleh diperolehi di pejabat JMB.

Semoga usaha ini membantu semua.

Sebutharga: Perbaiki Atap Bocor

JMB juga membuka peluang kepada mana-mana kontraktor yang boleh membekalkan kerja-kerja berikut:

  1. Memperbaiki Atap Bocor bagi Blok A dan B
Sila hantarkan sebut harga anda secepat mungkin.

Sebutharga: Pagar Pejalan Kaki, Baiki Pagar dan Pagar Gelongsor

JMB membuka peluang kepada sebarang kontraktor yang dapat membekalkan beberapa keerluan berikut:

  1. Membina Pagar Pejalan Kaki
  2. Membaiki Kerosakan Sedia-Ada
  3. Membina Pagar Gelongsor
Maklumat lanjut boleh diperolehi di pejabat JMB. Sila hantar sebutharga anda dengan kadar segera.

Cuci Tangki Air - Terima Kasih Semua


Bagi pihak JMB, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang telah bersabar dengan kerja-kerja pembersihan Tangki Air. Alhamdulillah, kini kesemua tangki (8 kesemuanya) telah berjaya dibersihkan. Disamping itu beberapa pembaikan seperti kebocoran dan masalah pelampung pada tangki juga kita telah perbaiki setakat termampu. Bagaimanapun masih terdapat beberapa masalah yang kita tangani secara sementara dan mungkin perlu dibaiki dalam masa terdekat bagi menjamin fungsi tahan lebih lama.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009

Untuk makluman semua

Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009

Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :

Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)
Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
Masa : Jam 8 pagi - petang

Tunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini.

Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri Putra

Carboot: Cubaan Terakhir

Memang sesuatu idea itu kita tidak pasti akan berjaya kalau kita tidak mencubanya. Maka, pihak JMB dan PPSM telah mengambil risiko menjalankan aktiviti CARBOOT. Antara tujuannya:

  1. Memberi peluang individu untuk menjual barang-barang peribadi yang terpakai.
  2. Memberi peluang untuk peniaga kecil-kecilan untuk memasarkan produk mereka.
  3. Memberi peluang penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar berniaga.
  4. Membawa produk luar agar penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar dapat membeli barangan tanpa pergi jauh.
  5. Menjana kewangan JMB dan PPSM.
Sehingga kini, telah 2 kali Carboot ini dilaksanakan. Bagaimanapun, sambutan agak suram daripada luar mahupun daripada penghuni Mawar sendiri. Kami sebagai penganjur ingin menyeru terutama penduduk Mawar akan bersama-sama kami untuk menyebarkan maklumat tentang Carboot ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Seterusnya turut serta sama ada sebagai peniaga atau sebagai pembeli... pembeli tingkap (Windows Shopper) pun tak mengapa.

Marilah menyokong aktiviti anjuran JMB dan PPSM. Tanpa ada, sebarang aktiviti tak akan berjaya. Mungkin untuk percubaan terakhir, jualan ini akan diadakan pada 3 Mei 2009. Harap ramailah yang akan turun.

JOM CARBOOT.

Kursus/Diskusi April - Gagal Kurang Sambutan

Duka cita dimaklumkan bahawa 3 daripada 4 kursus atau diskusi yang kita rancangkan pada bulan ini (April) telah gagal dilaksanakan atas sebab tidak cukup peserta atau masalah tenikal. Manakala hanya satu berjaya dilaksanakan iaitu diskusi "Halal dan Haram Makanan".

Berkaitan dengan ini pihak JMB dan PPSM memerlukan maklum-balas daripada penduduk samada program seperti ini patut diteruskan atau tidak. Kita melihat bahawa dalam masyarakat sekarang, ilmu perlu dikembangkan. Maka dengan wujudnya aktiviti keilmuan, penduduk kita akan lebih berilmu dan berpengetahuan. Apa yang lebih penting, ilmu itu diperolehi dalam kawasan kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mengisi petrol (jika diadakan ditempat lain).

Disamping itu, tujuan kita adalah untuk memungut dana agar pangsapuri kita mempunyai BILIK KOMUNITI yang boleh digunakan untuk sebarang aktivti. Maka dana daripada kursus diatas sekurang-kurangnya dapat menampung sewa BILIK KOMUNITI.

Sekiranya tanpa sokongan penduduk serta merasakan ianya satu pembaziran, maka pihak JMB dan PPSM akan menamatkan kursus-kursus pada masa akan datang. Seterusnya BILIK KOMUNITI juga akan ditamatkan. Ini realitinya.

Pilihan ditangan penduduk sekarang kerana telah banyak masa, tenaga, buah fikiran dan perbincangan dilakukan. Nampaknya semuanya tidak berbaloi jika penduduk sendiri tidak mengambil kesempatan atau sekurang-kurangnya memberi maklum-balas kepada kami.

Pilihan ditangan anda.

AMARAN TERAKHIR: Jangan Letak Motor di Koridor




Untuk makluman, semua unit tingkat bawah Blok B telah diberi surat AMARAN TERAKHIR agar tidak meletakkan motosikal di koridor. Pihak JMB akan mengambil tindakan dengan MENGUNCI tayar motosikal jika masih terdapat mereka yang ingkar dengan arahan ini. Caj RM50 akan dikenakan untuk membuka semula kunci tersebut.

Harap maklum.

Kembalikan Borang Syabas Selewat-lewatnya 30 April

Nampaknya jadual perancangan kita untuk urusan pertukaran meter air individu agak kelewatan atas sebab tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, borang Syabas kita telah ada di pejabat dan pemilik unit diseru agar melengkapkan borang tersebut dengan kadar yang segera. Tarikh baru untuk kita melengkapkan borang tersebut adalah pada 30 April.

Bagi yang duduk jauh, boleh muat turun borang Syabas di pautan dibawah. Seterusnya diharap dapat menghantarnya secara 'Courier', PosLaju atau PosExpress. Selepas 3-4 hari boleh menalifon pejabat bagi memastikan borang telah sampai.

Muat turun Borang Syabas

Makluman Pertukaran Meter Air Individu

Muat-turun Borang Syabas



Borang syabas boleh dimuat-turun dengan klik pada gambar di atas.

Borang Syabas: Sila dapatkan di pejabat JMB


Bagi mereka yang menunggu bagi melengkapkan proses pertukaran meter individu, ini berita baik. Borang tersebut boleh diperolehi di pejabat JMB.

Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba scan agar dapat dimuat-turun daripada blog ini.

Senarai Rasmi Jawatan Kuasa PPSM Sesi 2009/2010

Ini senarai rasmi jawatan kuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPSM) sesi 2009/2010

Pengerusi: En. Ramli Bin Che Kob (A-02-04)

Tim. Pengerusi: En. Abdul Rahim Bin Md. Top (A-03-04)

Setiausaha: En. Rosdi Bin Hassan (B-03-35)

Tim. Setiausaha: En. Ellung Kovan (A-G-36)

Bendahari: En. Suhaimi Bin Omar (A-04-01)

AJK:
1. En. Khairuddin Bin Yasim (B-G-01)
2. En. Khairil Bin Anuar (A-01-33)
3. En. Abdul Razak Bin Tamin (A-03-25)
4. En. Abd. Rahman Bin Hashim (B-G-36)
5. En. Zaharin Bin Ismail (B-G-32)
6. Pn. Zanariah Binti Ab. Rahman (B-02-17)
7. En. Osman Bin Buden (B-04-13)
8. Pn. Umi Kalsum (B-02-07)
9. Pn. Rosliza Jan (B-04-13)
10. Pn. Normah Jamadin (A-04-01)


Pemeriksa kira-kira:
1. En. Mohammad Latif Bin Lumar (B-02-10)
2. En. Suhaidi Bin Mat Salleh (B-03-27)

Catatan Mesyuarat Persatuan

Mesyuarat Persatuan Penduduk pertama telah diadakan pada malam semalam. Antara yang dibincangkan:

1- Isu menambah keahlian
2- Isu semasa di Blok B
3- Cadangan mengumpul dana secara bulanan
4- Berkaitan pelekat kenderaan
5- Membantu JMB dalam penguatkuasaan Kaedah Dalaman
6- Masalah tempat letak motor
7- Menyediakan kotak aduan
8- Masalah tangga berselut
9- Makluman berkaitan persatuan penduduk Induk.
10- Cadangan aktiviti tahunan
11- Makluman semburan nyamuk
12- Aktiviti dan pengunaan Bilik Komuniti Seri Mawar
13- Sama menyumbang dalam Buletin D'Mawar
14- Sama membantu Carboot Sale.

Maklumbalas Persatuan Penduduk untuk JMB pertimbangkan

Berikut beberapa perkara yang diutarakan semasa mesyuarat pertama PPSM sesi 2009/2010:

1 - Kajiselidik status penduduk terkini.
2 - Pemantauan pelekat kenderaan bagi mengelak penyalahgunaan pelekat kenderaan.
3 - Hasil jualan pelekat kenderaan diharap dapat dikongsi bersama persatuan.
4 - Persatuan akan bersama JMB untuk melakukan penguatkuasaan Kaedah Dalaman.
5 - Persatuan juga akan bersama JMB untuk OPERASI Penguatkuasaan Pelekat Kenderaan.
6 - Persatuan mencadangkan motor di letakkan di Dataran Seri Mawar secara sukarela bagi keselamatan tambahan.
7 - Persatuan memohon kotak aduan di pos pengawal dapat digunakan bersama JMB untuk menerima aduan.
8 - Meminta JMB menjalankan siasatan tangga A-1 yang berselut/kotor.

Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat JMB akan datang.

Surat amaran kepada pemilik motor parking di koridor

Bagi mereka yang ingin mengetahui tindakan lanjut pihak JMB berkaitan motor yang di letakkan di kawasan koridor, kami telah pun mengeluarkan surat amaran terakhir. Selepas ini tindakan yang lebih agresif akan diambil jika masih tiada perubahan.

Isu Fogging atau Semburan Nyamuk

Pihak JMB telah menghubungi pegawai kesihatan MPKj berkaitan isu semburan nyamuk (fogging) yang selalu dilakukan dengan mengejut. Maka kami telah memohon agar dapat memaklumkan pihak kita dengan lebih awal supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada penduduk Mawar.

Menurut mereka, kebanyakan tindakan tersebut adalah secara ad-hoc dan sukar untuk mereka maklumkan terlebih dahulu. Tetapi satu unit pemeriksaan akan dikerahkan pada sebelah awal lagi sebagai unit peninjau. Kalau unit ini dapat melaporkan kepada JMB pun susah baik sebab maklumat tersebut dapat disebarkan.

Di akhir perbualan, walaupun mereka keberatan tetapi akan cuba mencari jalan agar maklumat awal dapat diberikan. Maka tak adalah secara tergesa-gesa, mak-mak yang sedang masak terpaksa berhenti; Bapa-bapa yang baru ingin melabuhkan badan di kerusi malas terpaksa keluar; anak-anak yang baru balik sekolah tak dapat bersiap pergi mengaji dsb. Pokoknya kalau maklumat penyemburan diberi lebih awal, penduduk dapat merancang pergerakan mereka ketika waktu penyemburan tersebut.

Senarai Rasmi AJK PPSM 2009/2010

PENGERUSI :
ENCIK RAMLI BIN CHE KOB (A-02-04)

TIMBALAN PENGERUSI :
ENCIK ABDUL RAHIM BIN MD. TOP (A-03-04)

SETIAUSAHA :
ENCIK ROSDI BIN HASSAN (B-03-35)

TIMBALAN SETIAUSAHA :
ENCIK ELLUNG KOVAN (A-G-36)

BENDAHARI :
ENCIK SUHAIMI BIN OMAR (A-04-01)

Ahli Jawatankuasa :

1. ENCIK KHAIRUDDIN B. YASIM (B-G-01)
2. ENCIK KHAIRIL B. ANUAR (A-01-33)
3. ENCIK ABD. RAZAK B.TAMIN (A-03-25)
4. ENCIK ABD. RAHMAN B. HASHIM (B-G-36)
5. ENCIK ZAHARIN B. ISMAIL (B-G-32)
6. PUAN ZANARIAH BT. AB. RAHMAN (B-02-17)
7. ENCIK OSMAN B. BUDEN (B-04-13)
8. PUAN UMI KALTHUM (B-02-27)
9. PUAN ROSLIZA (B-4-13)
10. PUAN NORMAH (A-04-01)

JURU AUDIT:
11. ENCIK MOHAMMAD LATIFF B. LUMAR (B-2-10)
12. ENCIK SUHAIDI BIN MAT SALLEH (B-03-27)

Aturcara Pertandingan Auto Car Saloon 12/04/2009

Aturcara Pertandingan Auto Car Saloon 12/04/2009
from Komuniti Seri Putra by azizailan
MASA PENDAFTARAN : 0900AM - 0200PM

PENGHAKIMAN : 0300PM

TEAMPAT : TAPAK PASAR MALAM
BANDAR SERI PUTRA,BANGI SELANGOR


5 KATEGORI KERETA:
1. COMPACT/SUB COMPACT BODY STANDARD
2. COMPACT/SUB COMPACT STANDARD MODIFIED
3. MIRA LOOKS
4. PROTON / OPEN STANDARD MODIFIED
5. EXTREME MODIFIED

DAN 5 KATEGORI KERETA PILIHAN JURI JUGA 20 HADIAH MISTERI UNTUK PENGUNJUNG.

SERTAILAH DAN DATANGLAH BERAMAI............

GENG MOTOR BESAR JUGA DI JEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN SUASANA....

Datang jangan tak datang.............'BANDAR SERI PUTRA..SEGALANYA DISINI'

Gotong Royong Perdana 21 Jun 2009

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra akan mengadakan:

Program : Gotong Royong Perdana

Tarikh : 21 Jun 2009

Tempat : Seluruh Bandar Seri Putra

Ini berita yang baru diperolehi. Nanti jika telah rasmi mendapat maklumat daripada persatuan penduduk, saya akan umumkan semula. Sementara ini, catat dalam kalendar.

Ingatan Aktiviti April

Kelas Tajwid Kaum Wanita

7 , 8, 14, 15 APRIL 2009
3.00 – 5.00 ptg
RM10.00

KEK COKLAT KUKUS

18 APRIL 2009
9.30 pagi
RM10.00

Kelas Malam: Asas Penggunaan Internet & Aplikasi Google (Ulangan)


18 APRIL 2009
9.00 – 12.00 mlm
RM15.00

Kerja Memperbaiki Taman dan Cat Pos

Kerja memperbaiki taman telah diberikan kepada syarikat yang dimiliki oleh penduduk Mawar sendiri dan semalam 3-4 penduduk bersama-sama memperbaiki taman dan mengecat pos pengawal.


















Carboot Semalam

Alhamdulillah, semalam aktiviti Caboot Sale kali ke-2 telah berlangsung dengan sambutan positif walaupun tidak meriah. Pihak penganjur telah cuba menarik pembeli dengan menggunakan pembesar suara yang mendendangkan pelbagai muzik terkini.

Seterusnya pada 3 Mei 2009.













Carboot Sale 3 Mei 2009

Carboot Sale

3 Mei 2009 (Ahad)

7.30 pg - 11.30 tgh

Peniaga yang berminat, boleh menghubungi JMB untuk urusan pendaftaran.

Buletin D'Mawar Siri 1 April 2009


Dalam mennyampaikan maklumat kepada penduduk Seri Mawar dengan lebih efektif, JMB telah mengambil initiatif untuk mewujudkan Buletin D'Mawar yang akan diedarkan bersama-sama bil April 2009.

Sebarang sumbangan artikel, maklumat, aktiviti boleh disalurkan kepada pihak JMB untuk dimasukkan dalam buletin akan datang.

Format pdf di sini.

Jagan Lupa Carboot 5 April

Datang tau... jangan lupa Ahad ini.




Flash Countdown

Lori hantu - Tiada Lagi

Maklumat terkini berkaitan laporan lori ulang-alik melalui Jalan Seri Putra 4 (depan Mawar dan Dalia) yang kini didapati seakan tiada lagi.

Ini setelah tindakan aktif penduduk Mawar dan Dahlia (Laporan di sini )

SENARAI TRANSAKSI EDARAN ADUAN
1.[when ]: 04-02-09 @ 12:24:10 PM    [who ]: serimawar (CUSTOMER)
 [Penerimaan ADUAN baru daripada BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR]
2.[when ]: 05-02-09 @ 08:54:57 AM    [who ]: musliha (PRO)
 [Pengesahan penerimaan ADUAN baru]
3.[when ]: 05-02-09 @ 08:59:27 AM    [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan]
4.[when ]: 19-03-09 @ 03:16:23 PM    [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan]
5.[when ]: 20-03-09 @ 08:09:15 AM    [who ]: zatul (PRO)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan]

BADMINTON T.I.P (MALAM NI)

Tuan-tuan sekalian,
Berikut adalah jadual main badminton yg telah saya book. Sesiapa yg berminat blh turun.
 
Tarikh   : 3 april 2009
Hari      : Jumaat
Masa    : 8.30 pm - 12.00 am
Vanue   : Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia
Contact no :  013-3638364
 
# untuk makluman bulan ni saya book dewan tiap hari jumaat. (tertakluk pd perubahan)
# shuttle bayar masa main. 1 shuttle RM 4.00, so kalu main double seorang kena bayar RM 1.00 utk sebiji shuttle.
Sebarkan pada sahabat-sahabat taman kita yang lain. 
Terima Kasih.
 
Abd Halim Asmuni

Wacana Ekonomi di Bandar Baru Bangi

Wacana Ekonomi di Bandar Baru Bangi

WACANA WADI ILMU
Kemelut Ekonomi: Punca & Penyelesaiannya

Tarikh: 4 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi: Tasik Cempaka (dekat Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi)

Panel:

  • Hishamuddin Rais (Blogger Tukar Tiub)
  • Khalid Jaafar (Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar)
  • Dr. Nazari Ismail (Profesor Ekonomi, Universitit Kebangsaan Malaysia)

Moderator:

  • YB Dr. Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)

Anjuran: Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Futsal, 5 April, 10pg-12tgh

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Aku dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh : 5 April 2009

Hari : Ahad

Masa : 10 pagi – 12 tgh hari

Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi

Panjangkanlah email ini pada sahabat-sahabat kita yang lain yang tiada dalam mailing list ni. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...

Shah Rizal Shahdan

019-3512241

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet