Halaman

21 November 2009

Kongsi pengalaman dengan JMB lain.

Saya biasa mendapat email atau telefon minta pandangan berkaitan dengan pengurusan JMB. Saya berpendapat, saya bukanlah orang yang sesuai untuk rujukan mereka tetapi apa yang boleh saya katakan hanyalah berdasarkan pengalaman menguruskan JMB Seri Mawar. Itu pun tidak akan sama sebab komuniti Seri Mawar akan berbeza dengan komuniti lain. Ini saya kongsikan satu petanyaan daripada JMB lain dan jawapan saya.

Rohaya (bukan nama sebenar) menulis:
ok...big problem skrg kat tpmt saya ramai yg tak nak bayar maintenance fee, tapi nak mcm2 semua elok. Lagi satu kat sana ada guna touch n go system tak utk entrance? ada apa2 cadangan nak control masalah yg tak bayar ni?
Jawapan saya:

Masalah itu adalah masalah sejagat. Apa yg boleh kita buat:

  1. Kempen kesedaran perlunya bayaran mantenance fee. Perlu buat berterusan.
  2. Mengajak penduduk untuk sama2 bergotong-royong menjaga kebersihan.
  3. Amaran tindakan undang-undang mengikut Akta 663
  4. Melaksanakan undang-undang Akta 663
  5. Menunjukkan kesungguhan JMB untuk menjaga kawasan bersama
  6. Telus dan jujur dalam sebarang urusan JMB
  7. Dapatkan seramai mungkin penduduk untuk turut sama menyumbang idea untuk kebaikan pangsapuri (ajak mesyuarat sekali)
  8. Tunjukkan JMB professional dalam menangani urusan seharian (cuba selesaikan masalah penduduk secepat mungkin)

Itu serba sedikit yg dapat saya kongsi.

2 ulasan:

  1. tahniah..mengujudkan laman web ni..sedikit sebanyak memberi info berguna kpd saya yg baru menubuhkan jmb di tempat sy.
    pangsapuri meriah dan ceria nampak!!!

    BalasPadam
  2. Bro.Matt... terima kasih kerana singgah. Harap JMB tuan juga akan berjalan dengan lancar.

    BalasPadam

Sila berikan pandangan dan pendapat anda bagi memperbaiki pengurusan JMB.