Halaman

11 Ogos 2008

Sukan Rakyat, Gema Merdeka ke-51

Penduduk Pangsapuri Seri Mawar telah dijemput dengan rasminya oleh pihak penganjur bagi memeriahkan majlis Sukan Rakyat Sempena Sambutan Gema Merdeka ke -51.

Berikut butirannya:

Program: GEMA MERDEKA KE-51, 2008
Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2008
Tempat: Dataran Bangi Height (Berhadapan Vista Seri Putra)

Acara yang dipertandingkan:
  1. Sepak Raga Berpasukan (Lelaki) - Ada wakil
  2. Tarik Tali (Lelaki) - Wakil diperlukan
  3. Galah Panjang (Lelaki) - Wakil diperlukan
  4. Tarik Upih Pinang (Keluarga) - Wakil diperlukan
  5. Timang Kasih (Keluarga) - Wakil diperlukan
  6. Terompah Gergasi (Keluarga) - Wakil diperlukan
  7. Batu Seremban (Wanita) - Wakil diperlukan
  8. Congkak (Wanita) - Wakil diperlukan

Aturcara majlis:

Pagi (7.30 pagi - 12.30 tengahari)

7.30 - Senaman
8.30 - Sarapan
9.00 - Pameran, Persembahan & Sukan Rakyat
12.00 - Perasmian

Petang & Malam (7.30 malam - 11.55 malam)

9.15 - Program Gema Merdeka
11.55 - Bersurai

Berminat mewakili Pangsapuri Seri Mawar, hubungi saya 012-2655203 atau email kyreel@gmail.com.

Tarikh Tutup 16 Ogos 2008

05 Ogos 2008

Sukan Rakyat Sempena Program MERDEKA 2008

Dipetik dari: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=266.0;topicseen
PENGUMUMAN!!!!
Digalakkan semua wakil persatuan penduduk dapat daftarkan pasukan utk program Sukan Rakyat sempena program MERDEKA 2008 yang akan berlansung pada Sabtu :23/08/2008 di Dataran Bangi Height, Tapak letak kenderaan Vista Seri Putra.

Acara sukan rakyat yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

Kategori terbuka (lelaki kurang 18tahun)

1) sepak raga bulatan - satu pasukan 3 peserta
2) tarik tali - satu pasukan 10 peserta
3) terompah gergasi - satu pasukan 3 peserta
4) galah panjang - satu pasukan 4 peserta

Kategori remaja lebih 18Tahun
1) galah panjang -satu pasukan 4 peserta

Kategori famili
1) tarik upeh pinang -satu pasukan 2 peserta (bapa & anak)
2) timang kasih(belon) - satu pasukan 2 peserta (suami isteri )

Kategori wanita
1) batu seremban - individu
2) congkak -individu

Penyertaan adalah PERCUMA!!!

Insya-allah, hadiah menarik menanti para pemenang.

Nota : Borang penyertaan & format pertandingan telah diserahkan kepada pengerusi persatuan penduduk masing-masing..

Borang penyertaan & sebarang pertanyaan lanjut:

Sila hubungi:



Urusetia penganjuran Pertandingan,
Sukan Rakyat Gema Merdeka 2008,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN bangi,
Cawangan Putra Mahkota,
Bandar Seri Putra, Bangi.
(bersebelahan Pejabat Pos Mini Bdr seri putra)

Sdr Zulkifli :017-3761584
Sdr Hasbullah : 013-9464541
Pn Kamisah :013-2974202

Pengawal keselamatan diperlukan

Salam.


Semenjak sebelum 1 Ogos sehingga kini kami masih mencari rakyat Malaysia yang ingin mengisi kekosongan jawatan pengawal keselamatan. Masih terdapat 3 kekosongan jawatan. Jika ada yang berminat boleh hubungi saya ditalian 012-2655203.

JMB Mula Ambil Alih Penyenggaraan Seri Mawar

Blog Header 2.jpg


Sejak 1 Ogos 2008, JMB telah memulakan mengambil alih proses penyenggaraan daripada pemaju Bangi Height.


Setakat ini pejabat pengurusan adalah di alamat A-G-14. Segala caj penyenggaraan, air, insurans dsb boleh dibuat dipejabat berkenaan.


Harap dapat menyokong JMB.


Terima kasih.